Euforia Bola 2026
Nur

Rakaman Pocong & Pontianak Viral, Mufti Tampil Beri Penjelasan Hantu Itu TAK WUJUD!

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video dan beberapa keping gambar yang mendakwa kelibat makhluk halus muncul di sebuah kompleks kerajaan di Putrajaya. Namun, ramai yang sudah tertanya, apakah hukum percaya hantu yang digembar-gemburkan itu wujud?

Mungkin seram tapi sebenarnya, ini penjelasan yang ramai kena tahu supaya tak terlampau ‘taksub’ dengan semua konten yang dipaparkan.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

WUJUD KE TIDAK? INI HUKUM PERCAYA HANTU SENTIASA ADA DALAM ISLAM

hukum percaya hantu

Tangkap layar hantu viral Putrajaya.

Dalam perkongsian tular itu, terlihat bayangan entiti berambut panjang berpakaian putih dirakam secara tidak sengaja, sekali gus menimbulkan rasa resah dalam kalangan penghuni bangunan berkenaan. Malah, difahamkan khidmat perawat perubatan Islam turut dipanggil bagi ‘membersihkan’ serta ‘memagar’ kawasan tersebut.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan seorang lelaki dipercayai perawat sedang merenjis air di sekitar koridor pejabat sebagai langkah rawatan. Walau bagaimanapun, kesahihan rakaman tersebut masih menjadi tanda tanya.

Fenomena ini sekali lagi membuka persoalan lama, benarkah makhluk hantu seperti pontianak, langsuir atau pocong benar-benar wujud?

Menjawab persoalan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menjelaskan bahawa umat Islam wajib beriman dengan perkara ghaib, termasuk kewujudan jin dan syaitan yang disebut jelas dalam al-Quran.

“Walaupun manusia tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar, itu tidak bermakna jin dan syaitan tidak wujud,” katanya merujuk kepada Surah Al-‘Araf ayat 27 yang menegaskan syaitan dan kaumnya mampu melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihat mereka.

TIADA KUASA UNTUK MUDARATKAN MANUSIA

hukum percaya hantu

Mufti menegaskan gambaran ‘hantu’ dalam masyarakat seperti pontianak atau pocong hanyalah bentuk penyerupaan oleh jin dan syaitan untuk menakut-nakutkan manusia.

Sheikh Muhammad Al-Syibli turut menyebut bahawa jin dan syaitan diberi kemampuan untuk menyerupai bentuk manusia atau haiwan, namun ia tidak berkuasa mendatangkan mudarat. Segala manfaat dan bahaya hanyalah di bawah izin Allah SWT.

Kesimpulannya, ditegaskan bahawa ‘hantu’ bukanlah roh orang mati seperti yang sering dipercayai sesetengah pihak. Sebaliknya ia sekadar penyerupaan jin dan syaitan. Oleh itu, masyarakat dinasihatkan agar tidak terjebak dengan khurafat dan tahyul yang boleh merosakkan akidah.

Kisah tular di Putrajaya ini wajar dijadikan pengajaran, bahawa kepercayaan kita seharusnya berlandaskan ilmu dan panduan agama, bukannya terpengaruh dengan imej seram atau cerita khayalan.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Mufti WP,  Tiktok @alamjinggamalaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×