Seorang ayah dera anak autisme selama 8 tahun dan lebih menyedihkan penderaan ini dilakukan sejak mangsa berusia 3 tahun. Perkara ini didedahkan sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak itu yang hanya ingin digelar sebagai CK.
Katanya, penderaan tersebut dilakukan oleh bapa kandung budak tersebut dan dia tidak teragak-agak untuk mendera anaknya di hadapan isteri.
Baca juga: “Perit Sangat Nak Terima” – Anak 7 Bulan Meninggal Dunia Mengejut, Tak Sangka Kena Jangkitan Kuman
AYAH DERA ANAK AUTISME SELAMA 8 TAHUN, TERGAMAKNYA

“Anak saya autisme, kadang-kadang memang mengamuk. Ayahnya sendiri tidak dapat mengawal emosi,” katanya.
Tambahnya juga, sejak dua tahun kebelakangan ini kes ayah dera anak ini semakin teruk dan melampau. Si isteri tidak dapat mengawal kemarahan dan menghalang tindakan suaminya itu. Dia kemudiannya melaporkan kes ini di Balai Polis Surabaya pada 10 Jun 2024 lalu untuk tindakan lanjut.
“Saya selalu pesan jangan buat macam itu lagi. Lagipun anak dia tak faham apa-apa. Kalau pukulan itu tidak bermaksud untuk mencederakan atau mendera, saya tidak akan laporkan,” jelasnya.
Selepas laporan dibuat kepada pihak polis, mangsa dibawa ke hospital untuk melakukan siasatan dan keputusan mendapati bahawa terdapat kecederaan di bahagian muka.
Ayah kepada kanak-kanak itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Surabaya kerana dilaporkan telah mendera anak autismya itu.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Surabaya, AKP Haryoko Widhi mengesahkan menerima laporan dan menahan pelaku tersebut.
Baca juga: Gara-Gara Lahirkan Bayi Sindrom Down, Suami Ceraikan Isteri, Tak Minat ‘Anak Istimewa’
Sumber: Detik
