Euforia Bola 2026
Rakyat

Elak Salah Faham Di Kaunter, Ini Cara ‘Scan’ Barangan SARA Guna Aplikasi MyKasih…Tak Semua Boleh Ya!

aplikasi mykasih

Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disarankan menggunakan aplikasi MyKasih ketika membeli-belah bagi memastikan hanya barangan yang layak sahaja ditebus.

Hal ini kerana, mungkin akan berlaku sedikit kekeliruan tanda harga kerana ada yang sudah dikemaskini dan ada juga yang masih belum. Jadi, bagi mengelakkan anda merungut di kemudian hari, sila gunakan aplikasi MyKasih ikut cara di bawah.

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

GUNA APLIKASI MYKASIH SEMASA MEMBELI-BELAH, ELAK ‘TERSALAH’ BARANG

aplikasi mykasih

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memilih fungsi ‘Check Item’ untuk mengimbas kod barangan sebelum membuat bayaran. Sistem akan memaparkan notifikasi sama ada barangan tersebut boleh dibeli menggunakan SARA atau tidak.

Perkara ini penting kerana barangan daripada jenama sama, dengan kandungan dan berat yang serupa, kadangkala mempunyai status kelayakan berbeza hanya disebabkan kod barangan tidak sama.

Sebagai contoh, susu kotak daripada jenama sama tetapi dalam bungkusan berbeza. Ada yang layak ditebus, manakala ada juga yang tidak. Dengan membuat semakan awal, penerima SARA dapat merancang pembelian dengan lebih lancar serta mengelakkan kekeliruan ketika berada di kaunter pembayaran.

MACAM MANA NAK GUNA APLIKASI INI?

aplikasi mykasih

1. Muat turun aplikasi MyKasih di telefon pintar.

2. Buka fungsi ‘Check Item’ dalam aplikasi.

3. Imbas kod barangan sebelum dimasukkan ke dalam troli.

4. Semak notifikasi kelayakan – sistem akan memaparkan sama ada barangan boleh ditebus atau tidak.

5. Asingkan barangan layak dan tidak layak untuk memudahkan urusan di kaunter.

Dengan langkah mudah ini, pembeli bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pembayaran, malah mengelakkan salah faham atau perlu menukar barang di saat akhir!

Baca juga: MyKad Dah Lebih 10 Tahun & Rosak? Jangan Panik, Ini Cara Perbaharui Secara Online & ‘Confirm’ Dapat Bantuan

Sumber: Instagram @adrahasya, MyKasih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×