Euforia Bola 2026
Inspirasi

Dilahirkan Tanpa Anak Mata (Iris), Adik Usia 8 Tahun Ini Tak Pernah Putus Asa Di Sekolah..Undang Sebak

ANAK MATA

Isu kesihatan berkaitan anak mata bukan sekadar melibatkan penglihatan, malah memberi kesan besar terhadap perkembangan pembelajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak, khususnya apabila keadaan tersebut dikesan sejak usia kecil.

Itulah yang perlu dilalui oleh seorang ibu, pemandu e-hailing, Santy Kadir, apabila dimaklumkan bahawa anak keduanya, Awang Isyraq Awang Ismail, perlu mengikuti aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Baca juga: [TERKINI] Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Darjah Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027– Ini Intipati Dasar Pendidikan Negara

GIGIH BELAJAR WALAUPUN AWANG ISYRAQ TIADA ANAK MATA

ANAK MATA

Hati si ibu  luluh apabila pihak sekolah memaklumkan bahawa anak bongsunya itu memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza kerana tidak dapat mengikuti silibus arus perdana seperti murid lain seusia.

Awang Isyraq dilahirkan tanpa anak mata (iris) pada kedua-dua belah mata dan turut mengalami masalah Nystagmus, iaitu pergerakan mata yang tidak terkawal, menyebabkan tahap penglihatannya sangat terhad.

Kekangan fizikal tersebut memberi kesan besar terhadap keupayaannya untuk melihat tulisan di papan putih walaupun telah ditempatkan di meja hadapan kelas.

Menurut penjelasan pihak sekolah, Awang Isyraq sering bangun dan bergerak menghampiri papan putih bagi memastikan dia dapat mengikuti pengajaran, satu usaha yang menunjukkan kesungguhan tinggi untuk belajar meskipun berdepan keterbatasan penglihatan.

Kini, Awang Isyraq merupakan murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Melaka dan ditempatkan di kelas PPKI yang lebih sesuai dengan keupayaan dirinya. Selain itu, dia juga perlu menjalani rawatan susulan secara berkala setiap tiga bulan di Hospital Kuala Lumpur bagi memantau keadaannya.

Situasi ini turut memberi cabaran dari segi emosi dan kewangan kepada keluarga, namun ibu bapanya tetap berusaha memastikan keperluan anak dipenuhi sebaik mungkin sebagai tanggungjawab bersama.

ANAK MATA

Sebuah video yang dimuat naik oleh Santy baru-baru ini turut tular di media sosial, memaparkan detik menyentuh hati apabila Awang Isyraq duduk di luar kelas sambil mencari arah suara ibunya sebelum berjalan menghampiri untuk pulang bersama.

Melalui perkongsian tersebut, Santy berharap kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas dapat diperluaskan, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang masih ragu-ragu untuk menempatkan anak ke PPKI kerana bimbang dengan stigma atau label tertentu.

Baginya, penempatan di PPKI bukan satu kegagalan, sebaliknya peluang untuk anak-anak istimewa belajar mengikut kemampuan sebenar mereka tanpa tekanan silibus arus perdana. Keputusan itu dibuat dengan penuh pertimbangan demi kesejahteraan dan masa depan Awang Isyraq.

@santy_meng86

Mami sentiasa ada syg… Anak syurga ku….nmpk mcm normal kan, die pemegang kad o. K. U..(penglihatan). harisukansekolah anaksyurga

♬ Salju KasihNya_Siti Nurhaliza – Abg Jiwang_Official

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tak Tahu! Cara Letak Tag Nama Dalam Group WhatsApp Kelas Anak, Cikgu Lebih Mudah Kenal

Sumber: Harian Metro & TikTok Santy_meng86

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×