Dalam membesarkan anak-anak, ada sahaja perkara baru yang akan dipelajari oleh ibu bapa. Sebagaimana kisah seorang ibu ini, berkongsi semula detik-detik ketika mengetahui keadaan anak perempuannya yang mengalami masalah mata dua tahun lalu.
Baca juga: Kenali Trend Baru Gaya Asuh ‘Soft Parenting’ & Cara Seimbangkan Agar Anak Tak Naik ‘Tocang’!
MASALAH MATA ANAK KETIKA FOKUSKAN PENGLIHATAN

TikTok Nurida Mocha.
Menurut Nurida Mocha, di akaun TikToknya, perubahan ketara dapat dilihat ketika anaknya bernama Sansa sedang memfokuskan mata ketika melihat.
“Hari ini, 30 April 2023. Kami selalu perasan Sansa selalu buat macam ini kalau nak tumpukan perhatian. Lama-lama makin menjadi-jadi pula,” kongsi wanita berkenaan.
Disebabkan hal itu, Nurida Mocha membuat keputusan untuk membawa anaknya berjumpa pakar mata.
Siapa sangka, keputusan tepat yang diambil sebenarnya dapat mengelakkan daripada keadaan permata hatinya menjadi lebih parah.
“Lepas berjumpa dengan doktor, Sansa kena pakai cermin mata. Sebab jika tidak dirawat, Sansa mungkin akan dapat mata juling atau mata malas,” jelasnya lanjut.
Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!
Baca juga: Ibu Kena Tukar Makanan Anak Kepada 9 Jenis Ini, Bantu Anak Speech Delay Banyak Bercakap!
Pengalaman ‘mata malas’ daripada warga maya

Gambar TikTok Nurida Mocha.
Menjengah ke ruangan komen, ramai antara warga maya yang berkongsi kisah berkenaan ‘mata malas’ yang dialami mereka.
“Saya dah dapat mata malas tu. Dia kurang refleks berbanding lagi sebelah.
“Saya pun macam ini. Lazy eyes. Kalau leka, memang akan senget sendiri. Kalau alert, auto betulkan kepala. Tapi lepas itu jadi lagi. Sekarang dah umur 38. Sejak sekolah kena pakai spek tapi on off sebab tak biasa.
“Saya dapat double vision. Sekarang kalau tengok tv, dah tua-tua pun akan secara sendirinya (pandang) menyenget. Pakai kaca mata tak lekat la pula.
“Saya mata malas. Satu mata besar sikit dari mata sebelah.
“Murid saya begini. Saya ingatkan dia tak puas hati dengan saya. Rupanya dia tengah tumpu tengok apa saya tulis di papan putih. Kesian dia, dah 18 tahun budaknya,” kongsi beberapa pengguna TikTok.
@nuridamocha Dah 2 tahun dah.. dulu saya check anak di Optimax Eyes Specialist.. Dr Ku yang rawat anak saya dah pindah ke klinik dia sendiri @Pusat Pakar Mata OP kat Muar skrg. Sebarang pertanyaan boleh dm acc tu.
Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!
Sumber: TikTok @nuridamocha
FT Image: TikTok @nuridamocha
