Masih ramai yang memandang ringan tanggungjawab seorang suri rumah sepenuh masa, tanpa menyedari beban emosi yang ditanggung saban hari terutamanya apabila anak tantrum sepanjang masa.
Walaupun tidak menerima sebarang gaji atau cuti, mereka terus melaksanakan tugas tanpa henti namun di sebalik senyuman dan kekuatan yang dipamerkan, tersimpan keletihan yang tidak mudah dilihat.
Baca juga: Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Demam Panas Akibat ‘Disidai’ Hampir 11 Jam Di Wad, Hospital Mohon Maaf
ANAK TANTRUM ENGGAN DISUAP MAKAN, IBU LEMPAR NASI AKUI INI MOMEN SUKAR

Rakaman video yang tular ini mungkin memberi gambaran jelas bagaimana tipisnya kesabaran seorang ibu namun kehidupan harus diteruskan. Dalam klip tersebut, seorang wanita merakam situasi sedang cuba menyuap makanan kepada anak kecilnya yang asyik meragam namun ditolak setiap suapan.
Walaupun dalam keadaan marah dan emosi sudah mula terganggu, si ibu tetap berusaha memujuk anaknya agar tidak mengambil snek. Namun kerenah si kecil yang semakin menjadi-jadi akhirnya memaksa ibu tersebut melempar bekas makanan mengandungi nasi ke lantai.
Apa yang boleh dilakukan adalah si ibu hanya terdiam, menutup wajah dan membiarkan tangisan anak terus bergema sambil cuba menenangkan emosinya sendiri.
Tidak dinafikan, ibu tersebut hampir bertindak di luar kawalan akibat tekanan yang memuncak. Tetapi dia memilih untuk berundur sejenak, menarik nafas, dan kembali menenangkan anaknya dengan cara yang lebih lembut. Malangnya, tanpa memahami tekanan seorang suri rumah, ada juga dalam kalangan netizen yang mudah menjatuhkan ‘hukuman’ dengan melemparkan kata-kata negatif.
View this post on Instagram
Hakikatnya, ibu juga seorang manusia biasa yang punya batas kesabaran. Selain komen negatif, ramai juga dalam kalangan ibu yang meluahkan perasaan yang sama dan pernah berada dalam situasi ini. Malah, mereka mengatakan bahawa fasa anak-anak sedang belajar makan ini adalah antara fasa yang paling ‘susah’ dalam tugas sebagai seorang ibu.
*Jadi, teruskan kecekalan dan terima kasih para ibu semua!
Sumber: Instagram @desilestari1401
