Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri Luah 9 Tahun Kahwin Baru Dapat ‘Me Time’ Tapi Kecewa Suami Marah Beli Barang RM90 Di Kedai RM2

luahan suri rumah

Luahan suri rumah di media sosial mendapat perhatian ramai apabila dia menjelaskan bahawa sepanjang sembilan tahun perkahwinan, itulah kali pertama dirinya benar-benar dapat ‘me time’.

Menurutnya, suami telah memberikan kad bank dan menyuruhnya membeli apa sahaja yang diinginkan. Namun, si isteri hanya memilih untuk berbelanja secara sederhana di kedai RM2, dengan jumlah sekitar RM90.

Baca juga: Adat Perkahwinan Melayu Berbeza Dengan Sunnah Islam, Amalkan Yang Betul Baru Bahagia…

LUAHAN SURI RUMAH UNDANG SEBAK, 9 TAHUN KAHWIN BARU RASA ME TIME

LUAHAN SURI RUMAH

Keesokan harinya, si suami mula mempersoalkan setiap barangan yang dibeli, malah memeriksa satu per satu isi beg seolah-olah jumlah itu terlalu besar untuk dibelanjakan. Lebih menyedihkan, si isteri turut dituduh tidak membawa sebarang hasil dan hanya tahu menghabiskan duit suami.

“Sudah sembilan tahun saya menjadi isteri dan pada hari Jumaat lepas, buat pertama kalinya saya betul-betul dapat “me time” tanpa sebarang gangguan daripada anak-anak. Suami berikan kad kredit dan suruh saya guna — katanya, “Gunalah nak beli apa pun.” 

“Saya cuma pergi membeli-belah di kedai Eco je, jumlahnya lebih kurang RM90 lebih. Tapi keesokan harinya, pada hari Sabtu, suami mula membebel. Dia siap tanya saya beli apa sampai RM90 lebih, malah semak satu-satu barang yang saya beli. Sedangkan semua barang itu untuk anak-anak dan keperluan dapur, bukan pun benda mengarut,” luahnya.

Kecewa dengan sikap suami, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung seorang diri, meninggalkan suami dan anak-anak buat sementara waktu.

Tidak sampai sehari, suaminya mula menghubungi berkali-kali, merayu agar dia pulang semula ke rumah. Lelaki itu akhirnya mengakui betapa sukar mengurus anak-anak sendirian.

“Saya rasa, pada dia, nilai RM90 tu lebih berharga daripada seorang isteri. Selama sembilan tahun saya korbankan masa untuk jaga anak-anak dan urus rumah, dia masih boleh berkira. Padahal gaji bersih dia lebih RM5,000 sebulan. Bukanlah dia jenis yang bermewah pun dengan saya. 

LUAHAN SURI RUMAH

“Belum pun sehari saya tinggalkan rumah, suami dah mula merayu suruh saya balik. Katanya anak-anak asyik bergaduh, menangis dan dia tak pandai nak masak,” kata wanita itu.

Bagi si isteri pula, peristiwa ini menjadi pengajaran bahawa kadang-kadang seseorang hanya akan benar-benar menghargai kehadiran anda selepas merasai sendiri ketiadaan isteri.

Dia turut berpesan, janganlah terlalu berkira dengan pasangan dan anak-anak kerana rezeki boleh jadi sempit apabila hati mula hilang keikhlasan.

“Macam ini rupanya rasa bila suami ungkit. Hati saya benar-benar kecewa. Campur pula dengan rasa penat, kurang rehat, dan burnout.

“Bayangkanlah, empat anak semuanya lelaki, saya urus seorang diri. Suami pula tak banyak membantu. Sepatutnya dia bersyukur sebab saya dah permudahkan urusan dia, bukan berkira dengan isteri sendiri,” ujarnya.

Baca juga: Lebih 10,000 Kes Perceraian Pasangan Islam Selangor, ‘Spark’ Hilang Kerana Kewangan…

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×