Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Tantrum Terus Senyap Bila Dengar Nama ‘Jessica’, Pakar Terangkan Situasi Sebenar…

anak tantrum

Baru-baru ini, tular di media sosial satu kaedah yang agak luar biasa apabila ibu bapa menyebut nama ‘Jessica’ secara tiba-tiba ketika anak tantrum. Meskipun kedengaran pelik, ramai yang berkongsi bahawa anak mereka terus berhenti menangis atau menjerit sebaik sahaja mendengar nama tersebut.

Malah, terdapat juga kanak-kanak yang kelihatan terpinga-pinga dan seolah-olah cuba memahami siapakah individu yang dimaksudkan. Reaksi spontan ini telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan persoalan tentang keberkesanan kaedah tersebut.

Baca juga: Ramai Pilih Nama Anak ‘Mikayla’ Tanpa Tahu Maksud Sebenar, Memang Bunyi Sedap Tapi Sangat Negatif!

ANAK TANTRUM TAPI BILA SEBUT NAMA JESSICA TERUS DIAM

ANAK TANTRUM

Freepik

Dari sudut psikologi, situasi ini boleh dijelaskan melalui keadaan emosi kanak-kanak ketika tantrum. Pada waktu tersebut, mereka berada dalam satu kitaran emosi yang kuat dan berterusan jadi, apabila terdengar sesuatu yang tidak dijangka seperti nama yang asing, ia bertindak sebagai gangguan kepada kitaran tersebut.

Gangguan ini menyebabkan tumpuan mereka beralih seketika untuk memproses rangsangan baharu, sekali gus menghentikan tangisan buat sementara waktu. Namun, keadaan ini tidak bermaksud emosi anak telah benar-benar reda.

Justeru, tempoh tersebut seharusnya dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk membantu anak menenangkan diri secara menyeluruh. Antaranya termasuk memahami emosi yang sedang dialami, mengalihkan perhatian kepada aktiviti lain, atau memperkenalkan teknik pengawalan emosi yang sesuai dengan usia mereka.

Dalam masa yang sama, pendekatan ini perlu dilakukan dalam keadaan emosi ibu bapa yang terkawal. Sebutan tersebut tidak seharusnya dilontarkan dalam keadaan marah atau tertekan, sebaliknya dengan nada yang tenang dan bersahaja agar tidak menambah tekanan kepada anak.

anak tantrum

Freepik

Penting untuk difahami bahawa tantrum adalah sebahagian daripada proses perkembangan normal kanak-kanak. Ia merupakan cara mereka meluahkan perasaan sebelum mampu mengawal emosi dengan lebih baik.

Namun begitu, keberkesanan kaedah seperti ini mungkin hanya bersifat sementara. Apabila kanak-kanak semakin biasa dengan sebutan tersebut, mereka akan mula memahami situasi sebenar dan tidak lagi memberikan reaksi yang sama.

Secara keseluruhannya, pendekatan ini boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghentikan tantrum secara sementara, tetapi peranan utama ibu bapa tetap penting dalam membantu anak mengurus emosi dengan cara yang lebih berkesan dan berterusan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by New York Post (@nypost)

Baca juga: Lukisan Remaja 13 Tahun Ini Buat Ramai Meremang, Dakwa Pernah Nampak Semua ‘Entiti’ Misteri Itu

Sumber: Instagram nypost & pedsdoctalk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×