Euforia Bola 2026
Asuh

Puteri Sarah Bangga Anak Cemerlang Di Sekolah, ‘Bolot’ Semua ‘A’ & Dapat 100 Pendidikan Islam!

Cantik, tegas dan berdikari, itulah apa yang boleh dikatakan mengenai pelakon wanita yang juga bergelar ibu iaitu Puteri Sarah Liyana yang pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah filem terkenal Syamsul Yusof. Puteri Sarah dan Syamsul Yusof juga dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan.

Terbaharu, Puteri Sarah berkongsikan rasa bangga apabila anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran. Syaikul yang kini berusia 7 tahun iaitu berada dalam Tahun 1 menerima kad laporan peperiksaan di sekolah beberapa hari lepas.

Baca juga: Hukum Letakkan Nama Anak Dengan Nama Malaikat Adalah HARUS, Kecuali 4 Nama INI…

ANAK PUTERI SARAH DAN SYAMSUL YUSOF CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN!

puteri sarah dan syamsul

Menerusi perkongsian video, Sarah memaklumkan Syaikhul berjaya memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin. Walaupun ada beberapa subjek tidak mencapai sasaran, Sarah tetap memuji usaha Syaikhul yang baru masuk ke alam sekolah rendah.

“Hari ini saya menghadiri hari kad laporan Syaikhul Islam. Alhamdulillah syukur, mama sangat bangga!

Semua subjek awak kena dapat lebih daripada 90 peratus. Nanti mama nak jumpa cikgu STEM awak, tapi secara keseluruhan keputusan awak sangat bagus,” katanya.

Sarah berkongsi keterujaannya itu menerusi TikTok miliknya apabila bukan sahaja dapat ‘A’ malah meraih markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam! Dalam pada itu, Sarah sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu terus berusaha agar cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi semua aspek kehidupan.

“Awak kena belajar bersungguh-sungguh, sekali dengan latihan bola sepak juga. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama,” ujarnya.

“HENSEMNYA SYAIKHUL!”

puteri sarah dan syamsul

Perkongsian ini mendapat pujian dari netizen yang sangat berbangga dengan keputusan cemerlang Syaikhul. Bukan itu sahaja, ramai memuji wajah anak ini yang sudah kelihatan kacak walaupun masih muda dan semangat Puteri Sarah sebagai ibu tunggal. Ada juga yang bertanya kepada Sarah tentang kelas Bahasa Mandarin yang diambil Syaikhul.

“Good boy. Alhamdulillah. Btw pasal, syaikhul go to tuition for Mandarin?”

Jawapan Sarah adalah, “Belajar dekat sekolah je and after habis sekolah ada 1 hour extra belajar Mandarin with the teacher sejak awal Tahun 1″

“Alhamdulillah tahniah abang Syaikul, semoga menjadi anak yang baik, soleh dan menggembirakan mama tahniah juga buat Sarah, semoga berada dalam lindungan rahmat Allah SWT amiin”

“The real mak-mak Asian, mesti kena markah atas 90% – gurau netizen.

@puterisarahliyanaSyaikhul’s Report card day! Alhamdulillah syukur 🤲🏻 i am a proud mama ❤️♬ original sound – By PSL

Baca juga: Dah Kahwin Pun Bapa Masih Belikan Barang Dapur Penuh Baldi, Kasih Ayah Ini Buat Ramai Tersentuh

Sumber: Tiktok @puterisarahliyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×