Euforia Bola 2026
Famili

Anak Orang Miskin Tak Cukup Zat Sebab Itu Bantut Tak Macam Keluarga Kaya, Ramai ‘Panas Hati’ Dengan Teori Wanita Ini

orang miskin

Isu orang miskin dan kesihatan anak-anak mereka sering menjadi perbualan, terutamanya apabila dikaitkan dengan masalah bantut dan kekurangan zat makanan.

Baru-baru ini, satu pandangan yang dikongsi oleh seorang wanita di media sosial telah mencetuskan perdebatan hangat apabila dia mendakwa bahawa terdapat perbezaan fizikal yang ketara antara anak orang kaya dan anak daripada keluarga miskin.

Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”

ANAK ORANG MISKIN BANTUT SEBAB TAK CUKUP ZAT

orang miskin

Gambar: Tangkap layar hantaran seorang wanita di Thread.

Menurut wanita tersebut, kanak-kanak daripada keluarga berada kelihatan lebih tinggi dan langsing berbanding anak orang kebanyakan. Katanya, ini adalah hasil daripada pemakanan berkhasiat yang mampu disediakan oleh ibu bapa mereka sejak usia kecil.

“Bila orang berkongsi pasal masalah bantut di kalangan anak-anak dan faktor penyumbang itu semua baru aku faham kenapa anak-anak orang kaya semua jenis tinggi and badan slim.

“Bila aku spend quite some time dekat playground kan, aku dah boleh bezakan rupa paras fizikal anak orang kaya dan orang kebanyakan.

“Anak orang kaya waktu umur awal remaja biasa kurus keding TAPI tinggi melangit. Seolah-olah itu rupa kebiasaan mereka.

“Rupanya sebab ibu bapa mereka mampu menyediakan makanan-makanan yang berkhasiat could. tulisnya di platform media sosial Thread.

Beliau turut menjelaskan bahawa selepas meluangkan masa di taman permainan, dia mula melihat pola perbezaan fizikal yang jelas antara anak-anak dari latar belakang berbeza.

Baca juga: Bekas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden Hidap Kanser Prostat ‘Agresif’, Kini Merebak Ke Tulang!

Tentangan warga maya

Menjengah di ruangan komen,  semua bersetuju dengan pandangan tersebut. Ramai warga maya tampil menyuarakan pendapat berbeza di ruangan komen.

Mereka menekankan bahawa faktor seperti genetik, corak pemakanan, waktu tidur dan gaya hidup turut memainkan peranan penting.

“Genetik, pola pemakanan dan tidur yang mencukupi. Jaga 3 benda ini. Kemudian, galakkan anak aktif bersukan.

“Ramai tak tahu masalah bantut dekat Malaysia ini daripada dulu lagi. Nutritious food memang penyumbang terbesar tapi yang ramai tak tahu waktu tidur juga penting. 11pm anak dah kena deep sleep sebab hormon tumbesaran dirembeskan semasa tidur. Ramai ibu bapa biarkan anak sampai 12-1am tak tidur.

“Faktor genetik ya juga tetapi tak silap saya 6 tahun pertama bergantung pada cukup ke tidak nutrisinya baru lepastu akan ikut genetik. Sebab itu, ada mak ayah yang rendah tapi anaknya tinggi.

“Kawan saya anak orang kaya, dia gemuk dan pendek sebab genetik dia begitu.

“Macam komen lain cakap pasal genetik itu faktor utama, ya betul juga. Tapi saya rasa pasal pemakanan yang dia ini beritahu pun salah satu faktor mempengaruhi juga.

“Bagi saya bukan soal kaya atau miskin tapi gaya hidup pemakanan itu. Kalau duduk luar bandar tapi makan real food dekat kuantiti betul pun akan bantu perkembangan budak. Kaya tapi tiada kesedaran tentang real food pun tiada guna juga,” antara pendapat yang diberikan oleh warga maya.

Baca juga: Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai 6 Lebuh Raya & 25 Laluan Ditutup Mulai 23 Mei!

Negara luar jadi contoh

Namun, terdapat juga warga yang bersetuju. Antaranya dengan memetik contoh negara seperti Korea Selatan dan China yang menurutnya memberi penekanan serius terhadap penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.

“Negara Korea Selatan dan China dah buktikan pengambilann makanan yang seimbang waktu usia kanak-kanak sehingga remaja dapat menghindarkan masalah bantut.

“Sebab itu, kerajaan mereka sangat proaktif dalam penyediaan makanan percuma dekat sekolah,” ujar komen tersebut.

Baca juga: “Isteri Marah Nak Peluk, Bukan Talak” Aliff Syukri Bagi Nasihat Rumah Tangga, Ramai Yang Setuju!

Sumber: Thread

FT Image: Freepik / SINAR

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×