Euforia Bola 2026
Kerjaya

Bukan Lagi Tentang Gaji Besar, Ini Syarat Baharu Untuk Dianggap ‘Orang Kaya’ Pada Tahun 2026!

Tak dinafikan, tanggapan tentang siapa yang layak digelar orang kaya kini semakin berubah. Rupa-rupanya, masuk tahun 2026, ukuran kekayaan bukan lagi sekadar bergaji besar setiap bulan atau memandu kereta mewah seperti zaman dulu.

Tapi apa yang membuatkan seseorang itu dilabelkan kaya?

Baca juga: Ini 7 Kawasan Rumah Orang Kaya Di Malaysia, Hanya Mampu Berangan Bila Tengok Harga!

BUKAN GAJI TINGGI SEMATA-MATA, INI SYARAT BAHARU UNTUK ANDA DILABEL ORANG KAYA DI TAHUN 2026

orang kaya

Foto: freepik

Sebaliknya, status golongan atasan kini dinilai berdasarkan sejauh mana kewangan seseorang mampu kekal kukuh ketika berdepan risiko, krisis dan ketidaktentuan ekonomi global. Berapa nilai sebenar untuk dianggap golongan atasan?

Menurut pakar kewangan peribadi dari Amortization Calculator, Kevin Marshall, individu di Amerika Syarikat perlu memiliki nilai harta bersih (net worth) sekitar US$2 juta hingga US$5 juta untuk dikategorikan sebagai kelas atasan menjelang 2026.

Jika ditukar kepada mata wang Malaysia, jumlah itu bersamaan kira-kira RM8.8 juta hingga RM22 juta, merupakan satu angka yang jelas menunjukkan jurang besar antara gaji tinggi dan kekayaan sebenar.

Hal ini kerana, Marshall menjelaskan, perbezaan ketara antara mereka yang baru ‘nak jadi kaya’ dan individu yang benar-benar kekal kaya terletak pada tabiat kewangan jangka panjang. Golongan ini tidak bergantung kepada skim cepat kaya atau pelaburan berisiko tinggi semata-mata. Sebaliknya, mereka fokus kepada pelaburan berstrategi yang dipelbagaikan dan mampu menjana pendapatan pasif secara konsisten.

Ini kategori yang dianggap aset sebenar

orang kaya

Foto: freepik

Antara aset yang sering dimiliki golongan kelas atasan termasuk:

  • Dana indeks dan unit amanah
  • Hartanah yang menjana pulangan jangka panjang
  • Pemilikan perniagaan
  • Instrumen kewangan yang nilainya meningkat dari masa ke masa

Lebih menarik, Marshall mendedahkan golongan ini bukan sekadar mempunyai dana kecemasan, malah turut menyimpan “dana peluang”. Dana ini membolehkan mereka bertindak pantas apabila muncul peluang pelaburan menarik atau ketika berdepan situasi luar jangka tanpa perlu mengganggu simpanan utama.

Hakikatnya, gaji enam angka belum tentu menjamin seseorang itu kaya. Marshall berkongsi contoh individu bergaji tinggi tetapi hidup ‘cukup-cukup’, sehingga perbelanjaan kecemasan kecil pun boleh meruntuhkan kewangan mereka.

Sebaliknya, ada individu bergaji sederhana tetapi sangat berdisiplin mengurus bajet, konsisten menyimpan dan sentiasa memastikan ada lebihan wang setiap bulan. Hasilnya, golongan ini lebih cepat membina kestabilan kewangan dan akhirnya melangkah ke status kelas atasan dengan lebih selamat.

Ringkasnya, kaya hari ini bukan tentang berapa besar gaji, tetapi sejauh mana kewangan anda mampu bertahan dan berkembang dalam jangka panjang. Jadi, mari semak baki akaun bank sekarang!

Baca juga: Pembantu Setiausaha Pejabat UTM Graduan PhD Cetus Inspirasi Ramai..Bawa Gelaran ‘Dr’

Sumber: CNBC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×