Euforia Bola 2026
Asuh

“Ikut Genetik Suami Tinggi Lampai, Bukan Tak Cukup Makan”- Mira Filzah Buka Mulut Isu Orang Cakap Anak Kurus

anak mira filzah

ANAK MIRA FILZAH KURUS, TAK MAKAN KE?” Itulah antara soalan yang diajukan kepada pelakon kesayangan ramai ini di laman Tiktoknya.

Lantas, Mira Filzah tampil menjernihkan salah faham selepas ada netizen mendakwa anak lelakinya, Wan Khair Amir, kelihatan terlalu kurus kerana kurang makan.

Baca juga: Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!

ANAK MIRA FILZAH IKUT GENETIK SUAMI, TINGGI DARI KANAK-KANAK SEUSIA

anak mira filzah

Foto Mira Filzah, suami dan anak.

Dalam satu sesi siaran langsung (LIVE) di media sosial, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32 tahun, menjelaskan bahawa bentuk tubuh Amir sebenarnya dipengaruhi faktor genetik daripada keluarga suaminya. Malah, genetik keluarga di sebelah Mira pun lebih kurang sama.

“Ramai keluarga sebelah suami memang tinggi dan kurus. Suami saya pun lebih enam kaki, abang-abangnya pun sama. Jadi Amir ikut baka tu,” katanya sambil menafikan dakwaan kononnya anaknya tidak cukup makan.

Mira turut berkongsi, walaupun baru berusia tiga tahun, Amir sudah kelihatan lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain seusianya. Katanya, tiada isu kekurangan zat kerana anaknya makan dengan baik, malah aktif bermain hingga berpeluh setiap malam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menyokong penjelasan Mira dan berkongsi pengalaman sama, bahawa kanak-kanak lelaki sememangnya lebih aktif dan ada yang cenderung berbadan kurus walaupun sihat serta cukup makan.

“Alahai dah Mira ni kecik molek, suami pun tak besar dah tu anak takkan tetiba gemuk. Karang bila gemuk, bezakan pula macam bukan anak dia, sebab gemuk pulak, mak bapak kecik. Nanti kalau gemuk budak tu kau cakap terlebih makan pulak obesiti. Haaa mulut orang tak pernah puas lah. Anak sulung saya pun halus, sejak lahir pun memang jenis kecik. Makan banyak je tapi dah jenis susah nak naik badan, halus ikut suami. Apa pun syukur Alhamdulillah, Allah bagi sihat..” komen salah seorang netizen.

@zahnirgku4s #mirafilzah #fyp #foryou #foryoupage #fyp ♬ original sound – zahnirgku4s

Sebagai rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020, dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir.

Baca juga: “Makanan & Saiz Badan Tak Kena Usia”- Jurulatih Tegur Bapa Abang Aji, Konten Obesiti Dah Melampau

Sumber: Tiktok @zahnirgku4s, IG @mfmirafilzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×