Euforia Bola 2026
Famili

“Perit Sangat Nak Terima” – Anak 7 Bulan Meninggal Dunia Mengejut, Tak Sangka Kena Jangkitan Kuman

ANAK MENINGGAL DUNIA

Perkongsian ibu bernama Syahierah Zainal di laman Facebook menarik perhatian ramai apabila anak meninggal dunia mengejut selepas minum susu.

Menerusi hantaran itu, si ibu menjelaskan bahawa setelah sampai di rumah selepas keluar, sekitar jam 8 malam, si ayah cuba tidurkan Naura Ameena namun tidak berjaya kerana menangis tanpa henti.

Baca juga: Bas Sekolah Terbakar Ketika Pulang Dari Lawatan, Lebih 20 Orang Kanak-Kanak Terkorban…

ANAK MENINGGAL DUNIA MENGEJUT, CERITA IBU INI BIKIN SEBAK

ANAK MENINGGAL DUNIA

“Jam 8pm minta papa tidurkan tapi awak mengamuk tak nak tidur dengan papa. Jam 9 lebih mama datang pujuk dan dodoi. Awak tidur macam biasa. Mama keluar dan biarkan awak tidur. 

“Dalam pukul lebih kurang jam 11 malam, papa masuk bilik nak tidurkan abang tetapi awak masih tidur dalam keadaan yang sama. Papa nampak awak dah tak begerak, badan dah biru. Papa angkat awak dah lembek,” jelasnya.

Pada jam lebih kurang 11.20 malam, Puan Syahierah Zainal membawa anaknya di klinik terdekat dan doktor mengesahkan bahawa bayi comelnya itu sudah meninggal dunia. Sejurus mendengar berita tersebut, hidupnya terasa gelap kerana si kecil itu tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit. 

“Sakit sangat mama nak terima. Mama salahkan diri mama sebab mama last yang tidurkan awak. Mama fikir awak tersedak susu/lemas sebab mama. Mama rasa berrsalah sangat,” luahnya.

Setelah beberapa jam menanti keputusan postmortem, doktor memberitahu bahawa Naura Ameena bukan ‘pergi’ disebabkan lemas atau tersedak susu tetapi dijangkiti kuman di limpa, usus dan perut.

ANAK MENINGGAL DUNIA

Lebih menyayat hati apabila kuman tersebut tidak ketahui punca dari mana dan ini merupakan kes yang jarang berlaku. Sampel kuman itu dihantar ke makmal dan keputusan akan diketahui selepas beberapa bulan.

“Awak pergi masa tidur, dalam diam tanpa rasa sakit. Awak betul-betul tak nak susahkan mama papa. Tak nak bagi mama papa tengok awak pergi. Rasa bersalah mama hilang bila tahu awak bukan lemas, tapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit.

“7 bulan sahaja Allah pinjamkn awak untuk mama, mama tak puas lagi nak gomol awak. Perit sangat mama nak terima tapi Mama reda, mama dah lepaskan awak, mama dah terima qada’ qadar Allah,” tulisnya.

Naura Ameena binti Muhamad Yusri
14/02/2024-29/9/2024

Baca juga: “Abang Anak Yang Baik…” Anak Kieda Crepe Kena Ejek & Dibuli Di Sekolah, Video Tersebut Dibanjiri Komen Pengikut TikTok

Sumber: Facebook Syahierah Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×