Euforia Bola 2026
Famili

Bayi Kedua Disahkan Hidap Kanser Mata Jenis C, Ibu Mohon Orang Ramai Doakan Aeesha Yumna

kanser mata

Seorang ibu dikenali Maryam Eswan menerusi hantaran di laman Facebooknya meminta orang ramai agar mendoakan cahaya mata keduanya, Aeesha Yumna yang disahkan hidap kanser mata.

Jelasnya, perkara ini disedari oleh suaminya apabila mata kanan Yumna terdapat refleks berwarna putih apabila terkena lampu ketika memakai pakaian.

Baca juga: Pelajar Lelaki Meninggal Dunia Selepas Merentas Desa, Rebah Di Garisan Penamat…

IBU MOHON DOA, BAYI KEDUA DISAHKAN ADA KANSER MATA

KANSER MATA

“Post ini saya memohon doa dari semua untuk mendoakan anak kedua saya Aeesha Yumna, yang telah di diagnose Retinoblastoma pada mata kanan” (Rb iaitu kanser mata)di HTA pada 18/2/25.

“Asalnya pada 17/2/25 suami perasan mata kanan Yumna ada refleks warna putih bila terkena lampu masa nak pakaikan dia baju atas katil. Sepanjang jaga Yumna memang saya tak perasan kerana saya pakaikan baju salin semua atas changing table, di situ tiada direct lampu,” jelasnya.

Si ibu mengambil keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada kawan yang bekerja sebagai doktor dan dia melakukan ujian menggunakan lampu suluh seperti yang disarankan oleh rakannya.

“Dr Jasmira, dia suruh sy buat test guna pen torch & gelapkan bilik. Dan mcm dlm video nilah. Positive Leukocoria sign. Dr Jasmira Jasni cakap to rule out Congenital cataract/Retinoblastoma,” katanya.

Dr Jasmira mengeluarkan surat rujukan untuk si ibu mendapatkan rawatan lanjut Hospital Tunku Azizah. Setibanya di sana, doktor pakar mata mengesahkan bahawa anak perempuannya hidap kanser mata sebelah kanan, jenis C.

Doktor menjelaskan bahawa peluang untuk Aeesha Yumna kembali pulih adalah 90% kerana kanser tersebut dapat dikesan lebih awal.

KANSER MATA

“Doktor beritahu retinoblastoma adalah kanser yang boleh berlaku pada kanak-kanak bawah 6 tahun, disebabkan gen yang bermutasi di dalam kandungan walaupun tanpa sejarah keluarga yang ada kanser mata.

“Doktor kata peluang untuk mata dapat diselamatkan juga tinggi jika type A, B, C, berbanding type D, E. Cuma penglihatan dia tidaklah jadi normal seperti sedia kala, sama ada dia nampak tapi kabur atau terus buta tapi bebola mata masih selamat. Masa ini saya dan suami pun dah menangis sekali,” luahnya.

Setelah pelbagai pemeriksaan dan perbincangan dilakukan, doktor menetapkan untuk membuat 4 kitaran kemoterapi agar sel kanser ‘mati’ dan tidak merebak ke mata kiri atau organ lain.

Ibu meminta warganet agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat Yumna dan dia dapa membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain di luar sana.

“Doakan juga saya dan suami kuat dan terus kuat dalam mengharungi ujian ini. Alhamdulillah saya dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang sangat memberi sokongan. Terima kasih ya Allah,” ujarnya.

Baca juga: Ibu Ayah Hud Aryan Disiasat Polis, Kronologi Kehilangan Dianggap Kurang Logik

Sumber: Facebook Maryam Eswan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×