Euforia Bola 2026
Famili

Anak Kedua Sheikh Muszaphar Terpilih Program Bakat Olimpik, “Mommy Daddy Sentiasa Doakan…”

SHEIKH MUSZAPHAR

Menerusi laman Instagram milik angkasawan, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, beliau ada kongsikan perkembangan terbaharu mengenai anak keduanya, Sophea Natasha, berusia 12 tahun.

Difahamkan, Tasha telah terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.

Baca juga: Cikgu Hempas & Tikam Kepala Murid Sampai Ada 7 Tusukan, Gigil Badan Si Ayah Bila Tengok CCTV!

ANAK KEDUA SHEIKH MUSZAPHAR TERPILIH SERTAI PROGRAM SUKAN BAKAT OLIMPIK

“Alhamdulillah, Tasha telah terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.

“Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Segala usaha kerasnya selama ini akhirnya mula membuahkan hasil. Setiap latihan, setiap pengorbanan, semuanya kini semakin bermakna,” luahnya.

Figura terkenal ini juga turut menyatakan latihan akan menjadi lebih mencabar kerana jadual Tasha agak padat dengan aktiviti harian yang perlu dijalankan.

“Tapi ini juga bermakna, latihan akan menjadi lebih mencabar. Pagi jam 5.30 – 7.30, malam jam 7.00 – 9.30, 6 kali seminggu, Bermula minggu depan.

“Tak pasti macam mana Tasha nak hadap semua ni. Daddy pun pening. Pagi pergi sekolah sekolah kebangsaan, petang pula sekolah rendah agama, subuh dan malam, di kolam renang.

“Sekarang pula, Tasha sedang bersiap untuk Kejohanan MSSD. Acara 200m dan 1200m, Latihan setiap hari sepanjang cuti sekolah. Minggu ini juga ada Pertandingan Matematik Olimpik. Memang huru-hara jadinya,” katanya.

Walaupun penuh dengan aktiviti yang perlu dilakukan namun Sheikh Muszaphar dan isteri sentiasa menyokong minat anak perempuannya itu.

“Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan untuk berjaya pastinya memerlukan pengorbanan, komitmen dan disiplin agar setiap impian yang dikejar dapat direalisasikan dengan penuh bermakna serta mampu membentuk jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Tapi kami tahu, Tasha boleh! Mommy dan Daddy sentiasa di sini, menyokongmu dengan sepenuh hati, mendoakan dari jauh dan sentiasa bersorak dalam diam.

“Perjalanan ini perlukan pengorbanan, komitmen sepenuhnya, disiplin dan usaha yang konsisten. Daddy sangat bangga denganmu, Tasha. Semoga impianmu untuk menjadi seorang atlet Olimpik satu hari nanti akan menjadi kenyataan,” jelasnya.

Baca juga: Tak Nak Anak Jadi Kasar, Ibu Ayah Kena Kurangkan Perangai Ini! Jangan Asyik Ulang Benda Sama

Sumber: Instagram Dr sheikh Muszaphar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×