Demi memastikan anak tunggalnya yang menghidap kanser neuroblastoma (kanser saraf) dapat membeli ubat diperlukan agar boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain, seorang juruteknik kilang merayu agar orang ramai dapat memberikan sumbangan.
Azroyhatta Md Jais, 35, berkata Nur Sumayyah, 7, juga ingin bersekolah seperti rakan-rakannya, namun prosedur perubatan akan dilaluinya menyebabkan kanak-kanak itu perlu bercuti setahun.
Baca juga: Pelanggan Kecewa Beli Ayam Percik Dapat Tulang & Sisa, “Isi Pun Dah Habis Kena ‘Kikis’!”
BAPA RAYU SUMBANGAN ANAK 7 TAHUN HIDAP KANSER SARAF

Gambar BERNAMA: ALLEX Seah Shoo Chin (kanan), menyerahkan cek sumbangan kepada Azroyhatta (kiri) di kediaman mereka di Residensi Prima Pokok Mangga, pada Khamis.
“Harapan saya hanya ingin melihat anak sihat semula dan dapat bersekolah, itu sudah cukup. Saya bertekad mahu melakukan sebaik mungkin supaya anak dapat menjalani rawatan terbaik,” katanya ditemui di rumahnya di Residensi PR1MA Pokok Mangga, semalam.
Terdahulu, Azroyhatta menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin yang juga Setiausaha DAP Melaka, bagi menyampaikan sumbangan RM23,285.33 dikumpulkan parti daripada peniaga dan kenalan bagi membantu kanak-kanak itu.
15 botol ubat Qarziba berjumlah RM344,844 & tiada subsidi
Azroyhatta berkata kos pembelian ubat khas, Qarziba sebanyak 15 botol berjumlah RM344,844 menjadi kegusaran mereka kerana dirinya baru bekerja, manakala isteri Shakila Silah, 36, suri rumah sepenuh masa.
“Ubat itu tidak mendapat subsidi dan perlu digunakan anak pada Mei atau jika dana belum mencukupi, paling lewat ialah November.
“Alhamdulillah setakat ini, saya telah menerima sumbangan pelbagai pihak sekitar RM186,000 dan sangat berharap orang ramai terus membantu,” katanya.
Azroyhatta berkata semua prosedur rawatan Nur Sumayyah dilakukan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur dengan dia dimaklumkan penggunaan ubat itu untuk lima bulan dan berfungsi bagi mengelak sel kanser menyerang semula.
Nur Sumayyah menjalani pembedahan membuang sel kanser pada 19 Februari dan Azroyhatta melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu membiayai kos perubatan sebelum ini, sekali gus meringankan beban kewangan mereka.
Baca juga: 2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!
Baca juga: Suami Isteri Buntu Dua Mata Anak Bakal Buta, Terpaksa Tolak Perasaan Malu Letak Tabung Di Masjid
Nur Sumayyah demam berulang seminggu dan sakit perut, sebelum dikesan kanser
Mengulas episod duka menimpa Nur Sumayyah, lelaki itu berkata penyakit itu dikesan pada 28 Oktober tahun lalu, selepas anaknya mengalami demam berulang setiap malam selama seminggu selain sakit perut.
“Bimbang dengan keadaannya, saya dan isteri membawanya ke klinik di Malim namun disebabkan bacaan suhu badan tinggi, kami merujuknya ke Hospital Pakar Putra sebelum pemeriksaan menerusi ultrabunyi mendapati terdapat ketulan besar di perut.
“Nur Sumayyah kemudiannya menjalani ujian CT scan sebelum dirujuk ke HTA dan dimaklumkan 90 peratus memang kanser saraf berdasarkan simptom dialami.
“Bermula dari situ, pelbagai prosedur perlu dilalui termasuk mengambil air sum sum,” katanya.
Maklumat menyalurkan sumbangan
Sementara itu, Seah berkata sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga untuk membeli ubat diperlukan dan mendoakan Nur Sumayyah kembali pulih serta berpeluang bersekolah seperti diimpikannya.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Azroyhatta menerusi:
- Bank Muamalat – 04010042494728
- Hubungi – 017-6461436
Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!
Sumber: Harian Metro
FT Image: BERNAMA
