Apabila anak tidak sihat, kebanyakan ibu bapa pasti akan melakukan apa saja untuk memastikan keselesaan mereka. Begitu juga dengan pelakon terkenal, Farah Nabilah, yang baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk berpindah sementara ke hotel selama lima hari demi menjaga anaknya yang demam dan batuk.
Keputusannya itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet, yang memuji tindakan Farah mengutamakan kebersihan dan kesihatan mental keluarganya.
Baca juga: 10 Pilihan Terbaik Hotel Mesra Kanak-Kanak Di Malaysia Tahun 2025, ‘Confirm’ Tak Nak Balik!
FARAH NABILAH ‘ANGKUT’ ANAK TAK SIHAT TIDUR HOTEL, ‘MENTAL ILLNESS’ KENA JAGA

Menerusi satu hantaran di Instagram, Farah memaklumkan bahawa anaknya sedang mengalami simptom batuk dan demam. Menariknya, daripada mencuci serta menukar cadar di rumah seperti kebiasaan, Farah sebaliknya memilih untuk ‘berpindah’ sementara ke sebuah hotel selama lima hari bagi mencari suasana yang lebih bersih dan selesa.
“Anak demam, batuk, selesema. Memang akan muntah-muntah, kan?”
“Daripada duduk rumah dan basuh cadar, baik tidur hotel lima hari. #mentalhealthcomesfirstduitbolehcari,” tulisnya menerusi kapsyen yang disertakan dengan sebuah video.
Dalam perkongsian lain, Farah turut memuat naik gambar anaknya sedang menerima rawatan dan meluangkan masa di tub mandi hotel.
Untuk makluman, Farah telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Andre Omar yang kini berusia enam tahun dan Yusuf Gibran yang berumur dua tahun.

*Kalau ada bajet lebih seronok juga buat macam ini kan?
Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!
Sumber: Instagram @FarahNabilahOfficial
