Euforia Bola 2026
Famili

Guna Helah Umpan Basikal Percuma, Kanak-Kanak Lelaki Usia 12 Tahun Jadi Mangsa Amang Seksual

amang seksual

Kejadian terbaharu di Sungai Petani apabila melibatkan seorang pekerja kilang berusia 46 tahun ditahan polis selepas dipercayai melakukan perbuatan amang seksual kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Menurut laporan, dia dipercayai menggunakan helah basikal percuma untuk memperdayakan seorang kanak-kanak lelaki tersebut!

Baca juga: Warden Asrama Tahfiz Menangis Di Mahkamah, Mengaku Bersalah Liw*t Dan Amang Seksual Pelajar

UMPAN GUNA BASIKAL PERCUMA SEBELUM AMANG SEKSUAL KANAK-KANAK

amang seksual

Foto hiasan.

Dalam laporan, insiden itu berlaku sekitar jam 9 malam Isnin, ketika mangsa bersama tiga rakannya berada di kawasan perumahan Ramlee Bukit Bintang, Sungai Petani.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mangsa pada mulanya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal sebelum ditawarkan sebuah basikal secara percuma.

“Mangsa dibawa ke sebuah rumah di Taman Sri Astana dan kembali bersama sebuah basikal. Namun, suspek kemudiannya sekali lagi mengajak mangsa untuk mendapatkan basikal tambahan.

“Kali ini, mangsa dibawa ke kawasan hutan berdekatan Kampung Serukam, di mana dia disyaki telah dipaksa memegang kemaluan suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik akhirnya membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

Bertindak atas laporan itu, pihak polis menahan suspek yang bekerja di sebuah kilang bagi membantu siasatan. Lelaki tersebut kini direman selama lima hari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

amang seksual

Foto: Suspek di tengah, direman.

*Pesanan buat ibu bapa semua untuk ketatkan pergerakan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan terutamanya pada waktu malam ya. Bahaya!

Baca juga: Bayi 1 Tahun Disyaki Jadi Mangsa Serangan Seksual Lepas Balik Rumah Pengasuh, Lubang Alat Sulit Tak Normal!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×