Euforia Bola 2026
Nur

5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!

ilmu sihir

Mengamalkan ilmu sihir adalah perkara yang dilarang dalam Islam kerana ini boleh merosakkan iman. Namun, walaupun zaman semakin moden, amalan ilmu sihir ini masih berleluasa dan menggunakannya ke jalan yang tidak benar.

Pengamal ilmu sihir ini sering menggunakan bantuan jin untuk memperdayakan manusia seperti balas dendam, sihir cinta dan cemburu. Jadi, buat anda yang sering tertanya-tanya dan ingin memastikan adakah individu yang dikenali mengamalkan ilmu ini, berikut merupakan 5 petanda.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

TANDA SESEORANG ITU MENGAMALKAN ILMU SIHIR

ilmu sihir

Foto: unsplash.com

Berikut merupakan tanda-tanda seseorang itu mengamalkan ilmu sihir.

1. Meminta nama penuh dan nama ibu.

Makhluk halus (jin) mengenalpasti manusia melalui nama ibu dan bukan nama ayah jadi seseorang pengamal sihir akan meminta nama penuh anda dan nama ibu anda.

2. Meminta pakaian yang mempunyai kesan peluh.

Jika anda bertemu seseorang kerana ingin menghilang sesuatu penyakit dan mereka meminta pakaian anda yang mempunyai kesan peluh anda untuk menyembuhkan penyakit tersebut.

3. Menulis mantera, taweez atau memberi tangkal.

Taweez merupakan sebuah tangkal yang mempunyai ayat Quran bersamaan simbol-simbol yang berkaitan dengan sihir. Taweez sering dipakai oleh pengamal sihir untuk melindungi diri mereka daripada kecelakaan.

4. Membaca ayat yang tidak dikenali ataupun membaca ayat dengan tidak jelas.

Seorang pengamal sihir akan membaca sebuah ayat yang tidak dikenali ataupun membaca ayat-ayat tersebut dengan tidak jelas (secara membisik). Kononnya mereka akan mengatakan bahawa baca ayat Al-Quran tetapi sebenarnya sudah diolah.

5. Memberikan sesuatu untuk ditanam atau dibakar.

Perkara ini sering berlaku apabila seseorang itu memberikan sehelai kain untuk anda tanam mahupun bakar dan dikatakan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku di halaman perumahan anda.

ilmu sihir

*Jadi, perhatikan tanda-tanda yang dinyatakan tersebut supaya anda bebas dari gangguan yang boleh memesongkan akidah malah menyebabkan gangguan rohani.

Baca juga: Ramai Pernah Rasa Tanda-Tanda Penyakit Ain Tapi Tak Sedar, Rupanya Anda ‘Mangsa’!

Sumber: Zayyan via Website

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×