Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Isteri Marah Nak Peluk, Bukan Talak” Aliff Syukri Bagi Nasihat Rumah Tangga, Ramai Yang Setuju!

nasihat rumah tangga

Usahawan kontroversi, Dato’ Sri Aliff Syukri kembali mencuri tumpuan warga maya apabila tampil memberi nasihat rumah tangga yang mencuit emosi ramai, khususnya para isteri.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, beliau menegur para suami agar lebih bijak menangani kemarahan isteri, terutamanya ketika berlaku pertengkaran yang melibatkan kata-kata seperti “cerai” atau “lepaskan aku”.

Baca juga: Farah Lee Kongsi Seluruh Keluarga Bekas Suami Datang Beraya Di Rumah, “Siapa Cakap Cerai Kena Gaduh?”

ALIFF SYUKRI BERI NASIHAT RUMAH TANGGA

nasihat rumah tangga

Tangkap layar di video TikTok Datuk Seri Aliff Syukri.

“Ceraikan aku! Lepaskan aku!” ujarnya dengan nada lakonan semula berdasarkan isu baru-baru ini, di mana seorang isteri telah diceraikan suaminya dengan talak dua semasa sesi LIVE di TikTok.

Menurut Aliff, luahan emosi seperti itu selalunya bukanlah benar-benar mencerminkan niat si isteri, sebaliknya satu bentuk rayuan untuk dipujuk dan diberi perhatian.

“Eh lelaki…perempuan kalau dah kecewa dan dia marah, ayat yang dia kata nak ceraikan aku lepaskan aku itu sebenarnya isteri nak suaminya pujuk, isteri nak suami peluk dia, nak suami manjakannya.

“Bukan kau biarkan isteri keseorangan dan tidak tentu hala. Engkau sebagai pasangannya, jangan bagi dia keseorangan,” ujar Aliff.

Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!

Bahkan, Aliff turut meninggalkan pesanan kepada para suami untuk menurunkan ego dan selalu mengalah agar rumah tangga kekal harmoni berpanjangan.

“Perempuan bila dah penat, dia akan cakap macam-macam. Tapi ingat, apa yang dicakapkan isteri itu tidak betul. Sebenarnya dia perlukan belaian dan kasih sayang.

“Jangan biarkan isteri dengan emosinya, beringatlah. Isteri yang sedang kecewa kata bercerai itu dia nak pelukan dan nak dekat dengan suaminya.

“Ingat dalam kehidupan rumah tangga ini tiada yang sempurna, turunkan ego, selalu mengalah. Insha Allah, kebahagiaan akan jadi milik anda,” nasihat Aliff Syukri panjang lebar.

Bacca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!

Sementara itu, di ruangan komen kebanyakan warga maya daripada golongan wanita sangat menyokong dan memuji kepekaannya terhadap perasaan wanita dalam hubungan perkahwinan.

“Dato lah lelaki yang paling faham perempuan salute!

“Kenapa saya menangis bila Dato caka macam ini. Betul Dato, bila isteri marah, macam-macam keluar dari mulut, tapi mmg tak berniat.

“Baru kali ini aku setuju ayat-ayat Dato.

“Dato memahami wanita sedunia,” antara komen ditinggalkan warga maya.

Baca juga: Sebelum Bawa Pasangan Jumpa Keluarga, Tanya 6 Topik Penting Ini Untuk Tahu Sekufu Ke Tidak!

Sumber: TikTok @papalarisofficial

FT Image: TikTok Datuk Seri Aliff Syukri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×