Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Saya Dilahirkan Semula”- Aktivis Itali Cerita Detik Peluk Islam Dalam Tahanan Lepas Lihat Rakan Dihalang Solat

aktivis itali

Perjalanan kemanusiaan seorang aktivis Itali bertukar menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya apabila beliau menemui hidayah di tempat yang tidak disangka iaitu memeluk Islam di dalam tahanan pihak Zionis.

Berita ini telah menggembirakan seluruh umat Islam sedunia dan percaya bahawa ini adalah permulaan yang indah di dalam setiap misi bantuan kemanusiaan.

Baca juga: JPN Tawar Tempahan ‘Foto Kenangan Terindah’, Papar MyKad Nostalgia Dari Usia 12 Tahun Hingga Wajah Terkini

AKTIVIS ITALI PELUK ISLAM KETIKA DALAM TAHANAN, TERSENTUH LIHAT RAKAN DIGANGGU SOLAT

aktivis itali

Foto: TiburnoTV

Menurut laporan, Tommaso Bortolazzi, ketua kapal Maria Cristin dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), mendedahkan bahawa beliau memeluk Islam ketika ditahan pihak berkuasa Isra*l. Kisah yang sangat menyentuh hati itu dikongsikan menerusi temu bual eksklusif bersama Agensi Anadolu sebaik sahaja beliau selamat tiba di Istanbul, Turki.

Menurut Bortolazzi, penyertaannya dalam flotila bukan semata-mata sebagai aktivis, tetapi atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Palestin yang dizalimi.

“Saya menyertai flotila kerana ia bukan hanya tentang Palestin, tetapi tentang keadilan dan kemanusiaan sejagat. Saya mahu lakukan sesuatu yang bermakna untuk mereka dan juga untuk negara saya,” ujarnya.

Namun, perjalanan yang bermula dengan niat suci itu berubah menjadi ujian besar apabila beliau dan rakan-rakannya ditahan oleh tentera Israel.

Ujian Dalam Tahanan, Rasa ‘Dilahirkan Semula’

aktivis itali

Bortolazzi menggambarkan pengalaman berada dalam tahanan sebagai saat paling mencabar dalam hidupnya. Beliau menyaksikan sendiri tindakan tentera Israel yang menghalang rakan-rakan Muslimnya dari Turki untuk menunaikan solat.

“Saya melihat mereka sedang solat, lalu tentera Israel datang dan menghentikan mereka dengan kasar. Hati saya terasa amat tersentuh. Ketika itu, saya tahu saya perlu menentang ketidakadilan itu,” ceritanya.

Dari perasaan simpati dan marah terhadap kezaliman itu, lahir satu keputusan yang mengubah hidupnya buat selamanya.

“Selepas kejadian itu, saya bersama seorang rakan telah mengucap dua kalimah syahadah. Saat itu saya rasa seperti dilahirkan semula, satu perasaan damai dan gembira yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini,” katanya.

Walaupun berdepan ketakutan dan tekanan sepanjang ditahan, Bortolazzi berkata semangat kebersamaan antara mereka tetap utuh.

“Kami sedar nyawa kami dalam bahaya, tetapi kami tetap bersatu. Ketakutan itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berdiri bersama rakyat Palestin,” katanya dengan penuh emosi.

Kini, selepas dibebaskan, Bortolazzi menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak menutup mata terhadap penderitaan rakyat Palestin dan terus menyokong usaha kemanusiaan yang sedang digerakkan. Katanya, apa yang beliau alami hanyalah sedikit daripada penderitaan yang mereka hadapi setiap hari dan dunia perlu terus bersuara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anadolu English (@anadoluagency)

Baca juga: Anwar Ibrahim Bersuara, Malaysia Kecam Sekerasnya Tindakan Isra*l Sekat Global Sumud Flotilla Ke Gaza

Sumber: anadoluagency, Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×