Euforia Bola 2026
Inspirasi

Anwar Ibrahim Bersuara, Malaysia Kecam Sekerasnya Tindakan Isra*l Sekat Global Sumud Flotilla Ke Gaza

global sumud flotilla malaysia

Pagi ini, seluruh dunia terutamanya rakyat di Malaysia dikejutkan dengan berita-berita mengenai aktivis dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Malaysia yang sudah masuk ke dalam zon merah.

Penahanan empat kapal dan 10 aktivis Malaysia di zon merah perairan antarabangsa Gaza dan setakat ini 17 rakyat Malaysia terputus hubungan dengan SNCC, telah memanggil Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersuara.

Baca juga: TERKINI! Empat Kapal Dan 10 Sukarelawan Malaysia Ditahan Tentera Rejim Zionis, Antaranya Zizi Kirana & Farah Lee

AKTIVIS GLOBAL SUMUD FLOTILLA MALAYSIA DITAHAN ZIONIS, ANWAR IBRAHIM KECAM SEKERAS-KERASNYA!

global sumud flotilla malaysia

Foto: BERNAMA

Dalam kenyataan terbaharu menerusi laman Facebooknya, beliau mewakili Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menyekat Global Sumud Flotilla, sebuah misi kemanusiaan yang membawa bekalan penting ke Gaza.

Menurutnya, kapal tersebut dilaporkan membawa sukarelawan awam yang tidak bersenjata bersama bekalan perubatan serta bantuan asas untuk rakyat Palestin yang sedang berdepan sekatan berpanjangan dan tidak sepatutnya ditahan.

Namun, usaha penuh kemanusiaan itu telah disambut dengan intimidasi dan tindakan keras oleh pihak Israel. Perkara ini sekali gus memperlihatkan keangkuhan Israel yang bukan sahaja menafikan hak rakyat Palestin, malah memperlekehkan suara hati nurani masyarakat dunia.

Flotilla berkenaan merupakan simbol solidariti, kasih sayang dan harapan untuk meringankan penderitaan rakyat Gaza. Dengan menghalang misi tersebut, Israel jelas menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan.

Malaysia MENEGASKAN akan menggunakan segala saluran yang sah dan sahih di peringkat antarabangsa bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, terutamanya dalam hal yang melibatkan keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia. Keselamatan dan maruah rakyat Malaysia adalah keutamaan dan tidak akan dibiarkan dipermainkan.

Katanya di akhir kenyataan, selagi rakyat Palestin terus dinafikan hak asasi dan aspirasi mereka, Malaysia akan berdiri teguh di sisi Palestin. Malaysia tidak akan berhenti menuntut keadilan serta pengakhiran kepada penindasan dan rampasan hak yang telah membelenggu Palestin sejak sekian lama!

global sumud flotilla malaysia

*TAKBIR! “Hasbullah wani’mal wakil (Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)”

Baca juga: Indah & Istimewanya Masjid Al-Aqsa Bagi Umat Islam, Masjid Suci Yang Wajib Dijaga

Sumber: Anwar Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×