Akaun emas Maybank merujuk kepada Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i), akaun patuh syariah untuk melabur dalam emas digital ketulenan 999.9 (LBMA-akredited) tanpa perlu simpan emas fizikal, boleh dibuka melalui aplikasi MAE atau Maybank2u.
Akaun emas Maybank Gold (MiGa) menawarkan cara mudah, percuma dan sesuai untuk pembeli marhaen yang ingin memiliki emas tanpa terjejas perbezaan antara harga beli (buy) dan harga jual (sell).
Baca juga: Jangan Sesekali Dedahkan 5 Maklumat Ini Dekat ChatGPT, Risiko Kena Godam Tinggi!
CARA BUKA AKAUN EMAS MAYBANK MIGA-i, MUDAH JE

Kredit: Maybank
Berikut adalah panduan lengkap untuk mula membeli emas di MiGa:
1. Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u sebelum mendaftar di MiGa.
2. Masuk ke laman web Maybank2u. Pada menu utama bahagian kiri atas, klik “Apply”.
3. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Proses ini mudah dan biasanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
4. Setelah mendaftar, akaun anda akan diluluskan serta-merta, dan anda boleh mula membeli emas di MiGa.
5. Masuk ke menu Wealth, pilih bahagian Maybank Gold untuk mula membeli.

6. Tekan BUY dan akan muncul menu untuk memilih jumlah gram emas. Pilih 0.018g (pilihan paling kecil untuk pembeli marhain). Kemudian, pilih harga dalam Ringgit dan Sen. Harga emas berubah setiap masa (kecuali Sabtu dan Ahad).
7. Jika harga contoh RM10.42, jangan terus tekan “Buy.” Kurangkan sen satu per satu (contoh: 42 sen → 41 sen → 40 sen) sehingga harga untuk 0.018g paling rendah dipaparkan.
Jika harga turun kepada 0.017g, terus beli. Strategi ini membolehkan anda mendapatkan harga terbaik untuk setiap gram emas.
Membeli sedikit demi sedikit tanpa spread sangat menguntungkan. Contohnya, membeli RM20++ sehari selama setahun boleh mengumpul 13.14 gram yang mungkin bernilai sekitar RM10,500 jika harga emas mencapai RM800/segram pada akhir tahun.
Konsistensi lebih penting daripada kuantiti besar. Membeli secara kecil-kecilan tetap memberi keuntungan jangka panjang.
Dengan MiGa, anda boleh mula membina simpanan emas sendiri tanpa risiko besar dan kos tambahan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: 10 Prompt Gambar AI Yang Tengah ‘Meletup’ Sekarang, Hasil Cantik & Nampak Real!
Sumber: Facebook Mohd Arizan
