Setiap kehamilan pasti ada ceritanya yang tersendiri. Jika kebanyakan ibu hamil sering mengidam makanan pelik-pelik, lain pula dengan pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad ketika hamil anak ketiga ini. Dia langsung tidak mengidam makanan aneh sebaliknya mengidam emas. Jadi bermulalah pencarian emas Kuala Pilah yang dikongsikan di laman media sosial miliknya.
Comel bukan?
Baca juga: Ramai Tak Tahu…Ini 5 Design Emas Popular Tapi Sebenarnya ‘Perangkap’, Tak Berbaloi Beli!
Perjalanan Dari Kuala Lumpur Cari Emas Kuala Pilah, Murah Rupanya!

Dalam satu perkongsian di media sosial, Uyaina berkongsi kisah lucu tapi benar apabila dia sanggup memandu sendiri dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan semata-mata mahu mendapatkan emas idamannya.
“Cerita benar, kehamilan ketiga ini lain macam. Bila dikatakan emas Kuala Pilah murah, saya mulanya tak yakin. Saya tanya di Threads dan ternyata orang Kuala Pilah kata ya,” tulisnya.
Demi memastikan perkara itu bukan sekadar mitos, Uyaina ‘turun padang’ dan menjelajah sendiri dari satu kedai ke satu kedai emas. Malah, dia sempat berkongsi video perjalanannya itu kepada para pengikut di media sosial.
Survey Sampai 8 Kedai Emas, Barulah Puas Hati!

Bukan calang-calang usaha apabila Uyaina mengakui dia masuk hampir lapan buah kedai emas untuk membuat perbandingan dari segi harga, upah dan juga rekaan.
“Saya masuk hampir lapan kedai. Survey satu per satu. Tengok harga emas, upah dan rekaan, kemudian bandingkan. Kena rajin sikitlah. Kesimpulannya, sangat berbaloi,” katanya.
Menurutnya lagi, walaupun harga emas hari itu agak tinggi berbanding sebelumnya, dia tetap rasa puas dan bersyukur kerana dapat hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.
“Ini rezeki dan saya gembira..” katanya.
Tak lengkap rasanya kalau ke Kuala Pilah tanpa menikmati keenakan masakan tradisi Negeri Sembilan. Dalam perjalanan pulang, Uyaina sempat singgah ke salah sebuah restoran terkenal untuk menjamu selera. Walaupun sedang sarat mengandung, Uyaina tetap kelihatan aktif dan bertenaga meneruskan aktiviti hariannya. Memang ‘power’ ibu ni!
Menariknya, sehingga kini Uyaina masih belum mengetahui jantina bayi yang sedang dikandung.
“Saya masih tak tahu gender baby. Kalau perempuan, ia menjawab semuanya kenapa saya suka emas. Kalau lelaki, mungkin dia akan jadi tauke kedai emas terkemuka suatu hari nanti,” selorohnya.
Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3 tahun dan Raja Urayyan, 1 tahun. Kini, mereka bakal menerima ‘ahli baru’ dalam keluargadan pastinya kehadiran si comel ketiga ini bakal menambah seri dalam rumah tangga mereka.
Kisah Uyaina ini membuktikan bahawa pengalaman hamil setiap anak itu berbeza. Yang penting, para ibu perlu tahu cara meraikan diri sendiri dan menikmati detik istimewa itu dengan penuh bahagia tak kiralah mengidam emas atau cuma nak makan roti canai banjir!
Baca juga: 13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini ‘Bocor’ Rahsia Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai!
Sumber: Threads @uyainaarshad
