Euforia Bola 2026
Nur

“Air Piya Hanya Coklat Campur Rempah”- Kecoh Program Motivasi Syirik, Ini Respon Penganjur eHati

penganjur eHati

Nampaknya, penganjur eHati sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila didakwa melanggar batas syariat dan menyebarkan ajaran yang meragukan. Program yang mensasarkan golongan wanita bekerja dan berdepan masalah rumah tangga itu turut dikaitkan dengan penggunaan minuman ‘air piya’ yang didakwa mempunyai unsur mengkhayalkan.

Dalam perkembangan terkini, pengasas bersama eHati, Diyana Tahir dan Rahim Shukor tampil mempertahankan program mereka dalam kenyataan rasmi di media sosial. Pasangan itu menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka adalah tidak tepat dan boleh mencetuskan fitnah.

Baca juga: Program ‘Self Healing’ Songsang Dapat Kecaman, Ajar Isteri Puaskan Diri Sendiri & Selit Unsur Syirik!

Penganjur eHati Tampil Menjawab – Dakwaan Tidak Tepat, Berpotensi Timbulkan Fitnah

penganjur eHati

Pendedahan mengenai program ini segera mengundang perhatian pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang mengesahkan siasatan telah dibuka terhadap program tersebut.

Namun, menurut penganjur program eHati, dibina berasaskan modul-modul profesional seperti:

  • Hipnoterapi
  • Psikoterapi
  • Neuro-Linguistic Programming (NLP)

Kesemua modul ini, dakwa mereka, dibangunkan untuk membantu wanita mencari ketenangan, memulihkan trauma, serta memperbaiki hubungan perkahwinan. Mereka juga menafikan dakwaan kononnya program itu menghasut peserta supaya tidak berkahwin atau menolak institusi kekeluargaan.

Air Piya – Koko atau Cendawan Ajaib?

penganjur eHati

Foto: Air Piya yang dibancuh oleh Diyana Tahir.

Salah satu dakwaan paling tular ialah mengenai minuman yang dinamakan Air Piya, yang dikatakan mampu mengubah kesedaran dan memberi kesan afrodisiak. Netizen mendakwa ia mungkin mengandungi bahan psikedelik seperti magic mushroom atau psilocybin, yang berasal dari Bali.

Bagaimanapun, pihak eHati menjelaskan bahawa Air Piya hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi, tanpa sebarang bahan terlarang. Mereka turut menafikan sebarang penggunaan cendawan halusinogenik seperti yang didakwa.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, sekiranya benar air tersebut mengandungi magic mushroom, ia bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan mental dan neurologi, malah menyalahi undang-undang kerana bahan psilocybin dikategorikan sebagai Schedule I di Malaysia. Antara kesan yang mungkin timbul termasuk:

  • Halusinasi dan euforia
  • Gangguan emosi dan persepsi
  • Keterikatan emosi tidak rasional
  • Risiko psikiatri seperti psikosis atau panik melampau

Satu lagi isu yang menghangatkan kontroversi ini adalah gambar-gambar peserta program eHati yang dikatakan menjalani aktiviti spiritual di Bali. Ada yang mendakwa aktiviti itu bertujuan menyebarkan ajaran sesat.

Namun, menurut Diyana dan Rahim, gambar itu sebenarnya diambil semasa sesi breathwork dalam satu program retreat kesihatan. Lelaki yang kelihatan dalam gambar tular itu pula hanyalah seorang pakar detox, bukan guru spiritual dari agama lain seperti yang didakwa.

Pasangan pengasas eHati turut mempersoalkan tindakan JAKIM dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan kenyataan rasmi kononnya program mereka menyimpang daripada ajaran Islam, sedangkan menurut mereka, tiada siasatan rasmi dijalankan ketika itu.

Mereka juga mendakwa telah memberikan keterangan kepada JAIS pada tahun 2022, dan dimaklumkan untuk menambah disclaimer kepada peserta sebagai langkah berjaga-jaga, bukan sebagai pengesahan salah laku.

*Semoga kes ini dapat diselesaikan supaya keraguan dalam orang ramai dapat dikurangkan…

Baca juga: “Suami Suka Saya Guna Mulut Atau Lidah..”- Doktor Nasihat Para Isteri Jangan Geli, Inilah Teknik Cik Abang Gila Bayang!

Sumber: IG @diyanatahir, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×