Sejak beberapa hari lalu, tular perkongsian seorang majikan yang meluahkan rasa kecewa dengan kualiti kerja pembantu rumah yang diambil bekerja.
Katanya, sudah tujuh bulan pembantu rumah atau bibik itu berkhidmat, namun masalah yang sama tetap berulang tanpa perubahan ketara. Masalah apakah itu sehingga boleh mengundang amarah?
Baca juga: Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!
PEMBANTU RUMAH BANYAK ‘RED FLAG’, CUCI AYAM UNTUK MAKAN PUN TAK BERSIH!

Menurut perkongsian dari majikan yang bergelar ibu tersebut, sejak awal kedatangan bibik, insiden demi insiden mula berlaku. Anak kecilnya pernah jatuh hingga lebam di mata, kaca peti sejuk pecah, seterika pakaian rosak, barang dapur hilang, malah seekor kucing kesayangan keluarga juga dikatakan lesap gara-gara kecuaian.
Lebih merisaukan, kerja-kerja asas di dapur juga tidak dilakukan dengan bersih. Contohnya ketika membersihkan ayam, bulu tebal masih dibiarkan, kulit leher tidak dibuang, malah darah ikan juga tidak dicuci dengan betul. Akibatnya, setiap kali mahu memasak, si majikan terpaksa mencuci semula semuanya.
“Dah berjuta kali bagi peluang. Dari basuh ayam pun kerja sambil lewa. Mommy nak masak, kena cuci buang balik segala benda, tak lalu nak makan,” luahnya.
Bukan itu sahaja, isu gaji juga timbul apabila bibik didakwa membandingkan pembelian motosikal elektrik baru majikannya dengan kemampuan membayar gajinya.
“Awal-awal kerja 19hb, nak gaji bayar tiap awal bulan. Memang taklah,” katanya sinis.
Walaupun luahannya berbaur lucu dengan selitan emoji ketawa, jelas terasa kekecewaan seorang majikan yang sudah memberi peluang berkali-kali namun tetap berdepan dengan masalah yang sama.

Foto: Anak yang jatuh dan lebam di wajah ketika dijaga pembantu rumah.
Paling bahaya sekali adalah keselamatan anak kecilnya ketika dijaga oleh pembantu rumah tersebut. Jadi, netizen turut menyarankan untuk ibu ini tukar pembantu rumah dari agensi lain dan lebih cerewet dalam memilih supaya kejadian seperti ini tidak berulang.
Baca juga: Anak Sihat & Ceria Ketika Dihantar Ke Rumah Pengasuh, Pulang Dengan Muka Penuh Berbirat Luka!
Sumber: Nur Hanis Hairani
