Euforia Bola 2026
Sihat

Adik Usia 13 Tahun Ada Tabiat Pelik! Suka Pakai Lampin Dan Rasa Gembira.. “Dia Tak Ada Autisme Pun…”

PAKAI LAMPIN

Perkongsian seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @riaz_almikael mencetuskan pelbagai reaksi apabila dia mendedahkan situasi agak luar biasa melibatkan adik lelakinya yang berusia 13 tahun. Menurut perkongsian berkenaan, difahamkan adiknya itu mempunyai satu tabiat yang pelik iaitu suka pakai lampin walaupun sudah remaja.

Baca juga: Hasrat Jemput Isteri Beli Baju Raya Tak Kesampaian, Suami Maut Dihempap Pokok Tumbang…

ADIK USIA 13 TAHUN SUKA PAKAI LAMPIN, TAPI BUKAN AUTISME

PAKAI LAMPIN

Freepik

Apa yang membuatkan dia lebih terkejut, adiknya hanya berkongsi perkara itu dengannya kerana mereka sangat rapat. Katanya, si adik meminta supaya perkara tersebut dirahsiakan daripada ahli keluarga lain kerana hanya mempercayainya seorang sahaja.

Malah, mereka juga sering tidur bersama dan dia menjadi individu paling dekat dengan adiknya di rumah. Lebih mengejutkan, remaja lelaki itu dikatakan membeli sendiri laimpin menggunakan wangnya sendiri.

Dia juga memberitahu adiknya hanya memakai lampin untuk kencing sahaja dan tidak pernah menggunakannya untuk tujuan lain.

Dalam masa sama, dia terpaksa melayan permintaan adiknya kerana tidak mahu memalukan atau membuatkan remaja itu berasa tidak selesa. Malah, ada kalanya dia turut membantu memakaikan lampin kepada adiknya kerana mahu menjaga kepercayaan yang diberikan.

Namun begitu, situasi tersebut membuatkan dia tertanya-tanya sama ada perkara seperti ini normal atau sebenarnya ada perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Perkongsian itu akhirnya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat remaja tersebut mungkin mempunyai sebab tertentu seperti masalah kesihatan, emosi atau fasa perkembangan yang sedang dilalui.

PAKAI LAMPIN

Tidak kurang juga yang menasihatkan supaya perkara itu dibincangkan secara baik dengan ibu bapa atau mendapatkan pandangan pakar sekiranya perlu.

Apa pun keadaannya, pendekatan paling penting adalah memahami situasi dengan tenang serta memastikan remaja tersebut mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya.

Perkara yang dialami adik lelakki berkenaan mungkin Adult Baby Syndrome yang merujuk kepada individu suka berkelakuan seperti bayi atau kanak-kanak kecil walaupun usia mereka sudah meningkat.

Ia bukan istilah perubatan rasmi, tetapi biasanya digunakan untuk menggambarkan tingkah laku regresi atau keinginan seseorang untuk kembali kepada keadaan seperti bayi.

Baca juga: “Hayl Haarith Pergi Terlalu Awal” – Kehilangan Tragis, Ibu Saudara Kongsi Kesedihan Bakal Sambut Aidilfitri Tanpa Si Kecil Ini..

Sumber: Threads Riaz AlMikael

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×