Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Didiagnos Ada Autisme Pada Usia 32, Warganet Persoal Kenapa Baru Sedar…

AUTISME DEWASA

Baru-baru ini, satu video tular memaparkan seorang isteri berkongsi kisah tentang suaminya, Azhar, yang disahkan menghidap autisme dewasa pada usia 32 tahun.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah reaksi segelintir netizen yang jelas menunjukkan masih banyak salah faham terhadap autisme, terutamanya dalam kalangan orang dewasa.

Baca juga: 6 Posisi Seks ‘Rahsia’ Boleh Bantu Elak Hamil, Tak Payah Makan Pil Perancang Pun!

RAMAI BELUM TAHU ADA AUTISME DEWASA, BANYAK YANG KOMEN NEGATIF

autisme dewasa

Antara komen yang ditinggalkan turut mempertanyakan sama ada autisme boleh muncul ketika dewasa, seolah-olah ia merupakan penyakit yang tiba-tiba terjadi, bukan satu kondisi yang wujud sejak lahir.

Ada juga yang mempertikaikan latar belakang individu tersebut dengan mempersoalkan sama ada tiada tanda-tanda autisme semasa kecil dan mengapa perkara itu tidak disedari sebelum berkahwin.

autisme dewasa

Autisme bukan penyakit berjangkit, bukan gangguan mental dan bukan juga akibat tekanan hidup. Ia adalah perbezaan cara otak berkembang dan berfungsi.

Ramai orang dewasa yang tidak didiagnosis ketika kecil kerana tanda-tanda mereka dianggap sebagai “pemalu”, “pendiam”, “nakal” atau “lain daripada yang lain”.

Mereka mungkin membesar dengan menyembunyikan kesukaran sebenar (masking), berusaha untuk menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak direka untuk mereka.

Orang autistik boleh berfikir, bekerja, berkahwin, jadi ibu bapa, malah berjaya dalam pelbagai bidang. Bezanya hanyalah cara berfikir, cara urus emosi dan cara berinteraksi.

Autisme dewasa bukanlah benda baru cuma kesedaran masyarakat kita masih baru. Ramai orang hanya tahu tentang anak autism tetapi arang dengar tentang orang dewasa yang baru tahu dirinya autistik.

Orang autistik tetap manusia yang punya maruah. Mereka boleh bekerja, berkahwin dan hidup bahagia. Apa yang diperlukan hanyalah pemahaman dan sokongan sahaja, bukan kata-kata hinaan.

Baca juga: Calon Suami Ada Tatu, Boleh Ke Kahwin? Ini Jawapan Ustaz & Pandangan Islam

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×