Euforia Bola 2026
Sihat

Jangan Tanya “Stage Berapa?”- Jaga Mulut & Adab Ini Bila Ziarah Pesakit Kanser, Elak Tambah Beban Emosi

pesakit kanser

Menziarahi pesakit kanser sering dianggap sebagai tanda sokongan dan kasih sayang, namun tanpa sedar ada kata-kata yang sebenarnya boleh menambah beban emosi mereka yang sedang bertarung dengan penyakit.

Perkara ini dikongsikan oleh Threads pengguna @kisahklinikalasiah yang pernah menjaga ahli keluarga menghidap kanser. Luahannya mendapat perhatian ramai kerana menyentuh aspek yang jarang dibincangkan iaitu adab ketika melawat orang sakit.

Baca juga: Anak Usia 3 Tahun Disahkan Penyakit Genetik Jarang Berlaku, “Seorang Hulur RM1 Pun Saya Bersyukur” – Ibu Rayu Bantuan

pesakit kanser

Gambar hiasan: Gemini AI

Jangan tambah luka dengan soalan dan nasihat

Menurutnya, kehadiran sudah memadai. Tidak perlu terlalu banyak bertanya, apatah lagi soalan seperti “stage berapa?” terutama jika keadaan pesakit sudah kritikal.

Jelasnya, ada pesakit yang cuba untuk tidak terlalu memikirkan tahap penyakit mereka. Namun selepas ditanya berulang kali, emosi mereka kembali merudum.

Malah, ketika itu pakar onkologi sendiri mungkin tidak lagi menekankan soal staging, tetapi pelawat pula yang terlebih ingin tahu.

Selain itu, beliau menegur sikap sesetengah individu yang gemar memberi pelbagai cadangan rawatan alternatif.

Jika benar mahu membantu, belikan sahaja keperluan dan berikan terus. Penjaga serta pesakit selalunya mempunyai masa yang sangat terhad, terutama apabila keadaan berubah secara mendadak dan rutin harian perlu disesuaikan dengan keperluan rawatan.

Kata-kata motivasi seperti “awak kena kuat” juga dilihat kurang membantu. Hakikatnya, pesakit sudah berusaha sedaya upaya untuk kuat dari segi fizikal dan mental.

Baca juga: Kutu Zaman Sekarang Makin Kalis Dengan Ubat Kimia, Ini Cara ‘Ciduk’ Kutu Paling Padu Guna Sikat Besi Je!

pesakit kanser

Gambar hiasan: Gemini AI

Apa yang lebih membantu?

Antara saranan yang dikongsikan:

  1. Bercakap hanya apabila pesakit memulakan perbualan atau bertanya.
  2. Jika membantu menjaga walaupun seketika, pastikan pesakit berada dalam keadaan selamat, bersih dan selesa kerana itu sudah mencukupi.

Dalam soal pemakanan pula, jangan paksa pesakit makan. Sebaliknya pujuk dengan lembut seperti, “Jom cuba sedikit.” Kesan sampingan rawatan boleh menjejaskan selera makan secara semula jadi, bukan kerana mereka tidak mahu berusaha.

Baca juga: Semput Naik Tangga Rupanya Disahkan Tibi, ‘Survivor’ Ini Kongsi Terpaksa Makan Ubat Selama 180 Hari!

Elakkan ‘main terjah’ jika mahu menziarah

Di ruangan komen, seorang pengguna turut mengingatkan supaya tidak ‘main terjah’ ketika mahu menziarah. Hubungi dahulu dan tanya waktu yang sesuai, lebih-lebih lagi jika pesakit sukar menguruskan diri.

Menjawab perkara itu, Asiah menjelaskan bahawa memaklumkan kehadiran sebelum berkunjung memang dianjurkan. Malah, Rasulullah SAW sendiri menghantar utusan untuk memaklumkan kepulangan Baginda ke Madinah walaupun ia adalah rumah dan keluarganya sendiri.

Apatah lagi jika rumah yang ingin dikunjungi bukan milik kita, dan tuan rumah pula dalam keadaan tidak sihat.

Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa niat yang baik perlu disertai adab yang betul. Kadangkala, diam dan hadir dengan empati jauh lebih bermakna daripada kata-kata yang panjang.

Sumber: Threads @kisahklinikalasiah

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×