Euforia Bola 2026
Percutian

“Katanya Kids Friendly?”- Rusa Tiba-Tiba Menggigit Anak Ketika Diusap, Ibu Kongsi Detik Cemas

digigit rusa

Pengalaman membawa anak ke taman haiwan untuk berinteraksi dengan mereka secara dekat bertukar menjadi detik mencemaskan apabila seorang kanak-kanak dikatakan digigit rusa ketika sedang mengusap haiwan tersebut.

Perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Arlene Jo itu tular di media sosial dan menarik perhatian ramai, terutama ibu bapa yang sering membawa anak ke lokasi rekreasi berkonsepkan kids friendly.

Baca juga: Baru Dinobat Juara Piala Dunia 2026, Ini 5 Fakta Unik & ‘Wow’ Tentang Sepanyol Ramai Tak Pernah Tahu!

IBU TERKEJUT ANAK DIGIGIT RUSA KETIKA DI TAMAN HAIWAN ‘KIDS FRIENDLY’

digigit rusa

Menurut Arlene, kejadian berlaku ketika anaknya sedang mengusap badan seekor rusa yang dibiarkan bebas berkeliaran di kawasan taman haiwan berkenaan. Namun secara tiba-tiba, rusa tersebut dipercayai menggigit bahagian badan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan ringan.

Difahamkan, rusa-rusa di lokasi itu dibiarkan bebas supaya pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dan menikmati pengalaman lebih dekat dengan haiwan.

Arlene berkata, kecederaan fizikal yang dialami anaknya bukan perkara utama yang paling dibimbangkan kerana luka tersebut boleh dirawat dan sembuh.

Sebaliknya, dia lebih risau terhadap kesan emosi selepas insiden digigit rusa itu.

Menurutnya, anaknya kini menjadi takut untuk mendekati haiwan, termasuk haiwan peliharaan milik ahli keluarga sendiri. Dia bagaimanapun bersyukur kerana anaknya tidak dijangkiti sebarang virus.

Perkongsiannya bukan mahu salahkan mana-mana pihak

Dalam hantaran lanjut, Arlene menjelaskan bahawa perkongsiannya bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak atau premis terbabit.

Sebaliknya, dia berharap pengalaman tersebut dapat dijadikan peringatan kepada ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika berinteraksi dengan haiwan, walaupun lokasi itu dipromosikan sebagai mesra kanak-kanak.

Menurutnya, haiwan tetap mempunyai naluri semula jadi yang sukar dijangka dan boleh bertindak balas secara tiba-tiba walaupun kelihatan jinak.

Baca juga: Ramai Suka Rendam Kaki Di Sini, Tapi Betul Ke Takungan Air Di Celah Batu Ada Risiko Kencing Tikus?

digigit rusa

Ibu bapa perlu sentiasa awasi anak

Insiden digigit rusa ini mengingatkan ibu bapa bahawa aktiviti memberi makan atau mengusap haiwan di taman rekreasi perlu dilakukan dengan pengawasan rapi.

Antara langkah yang boleh diambil termasuk:

  1. Pastikan anak tidak terlalu rapat dengan haiwan tanpa pengawasan.
  2. Ikut arahan keselamatan yang disediakan pihak premis.
  3. Elakkan membuat pergerakan mengejut atau menarik perhatian haiwan secara berlebihan.
  4. Pantau reaksi anak selepas insiden bagi mengesan tanda-tanda trauma atau ketakutan melampau.

Walaupun kebanyakan interaksi dengan haiwan di taman rekreasi berakhir dengan pengalaman yang menyeronokkan, kejadian seperti ini menunjukkan bahawa label “kids friendly” tidak bermaksud risiko sifar. Kewaspadaan ibu bapa tetap menjadi langkah perlindungan paling penting untuk memastikan keselamatan anak-anak ketika beriadah.

Sumber: Threads

FT Image: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×