Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri Dakwa Baru Tahu Suami Dilahirkan Sebagai Perempuan! Ini Penjelasan Peguam Tentang ‘Faraq Nikah’

faraq nikah

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh peguam syarie, Puan Hazwani di Instagram mengenai faraq nikah apabila membincangkan situasi seorang wanita yang mendakwa baru mengetahui suaminya sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Perkongsian itu turut mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, termasuk mengenai status perkahwinan tersebut serta perbezaan antara individu transgender dan khunsa.

Baca juga: Hasrat Bermandi Berakhir Tragedi, Dua Kanak-Kanak Ditemui Lemas Di Kolam Terbiar

FARAQ NIKAH KERANA TERNIKAH SESAMA JANTINA

faraq nikah

Foto: Gemini AI

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan mendakwa dia menemui beberapa dokumen perubatan ketika mengemas rumah pusaka keluarga suaminya.

Menurutnya, dokumen itu menunjukkan suaminya pernah menjalani pembedahan penukaran jantina daripada perempuan kepada lelaki serta mempunyai rekod pertukaran maklumat jantina pada kad pengenalan.

Walaupun pada fizikal dan kad pengenalannya tertera sebagai lelaki sehingga membolehkan proses pendaftaran perkahwinan diluluskan, wanita itu menyimpan salinan dokumen berkenaan kerana bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.

Peguam Syarie Jelaskan Perkahwinan Perlu Difaraqkan

faraq nikah

Foto: Magnific

Menjawab persoalan wanita itu, peguam syarie menjelaskan terdapat dua tindakan utama yang perlu dilakukan.

Pertama, perkara tersebut perlu dilaporkan kepada Pendaftar Nikah di Pejabat Agama Daerah untuk siasatan lanjut.

Kedua, isteri boleh memfailkan permohonan faraq nikah di Mahkamah Syariah sekiranya terbukti suami berkenaan sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan.

Menurut penjelasan itu, antara syarat sah perkahwinan ialah calon suami mestilah seorang lelaki. Jika terbukti individu tersebut bukan lelaki dari sudut hukum syarak, maka rukun nikah tidak dipenuhi dan perkahwinan berkenaan tidak sah.

Malah, mahkamah juga berkuasa mengeluarkan perintah berkaitan pembetulan maklumat jantina pada dokumen rasmi sekiranya terdapat asas undang-undang yang kukuh.

Ramai Netizen Bangkitkan Isu Khunsa

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang meminta masyarakat tidak membuat kesimpulan terlalu awal.

Ramai netizen berpendapat siasatan menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu kerana terdapat kemungkinan individu berkenaan sebenarnya merupakan khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai kekeliruan jantina sejak lahir.

Antara komen yang dikongsikan ialah:

Khunsa kot… masa lahir ingat perempuan, bila makin dewasa lebih terserlah ke arah lelaki.

Seorang lagi netizen berkata:

Kena buat siasatan dulu, lagi-lagi melibatkan perubatan untuk tahu sebab dia tukar jantina sebelum jatuh hukum. Contohnya macam kes khunsa.

Turut ada yang menjelaskan bahawa proses pertukaran maklumat jantina pada kad pengenalan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya memerlukan syarat serta pengesahan tertentu.

Khunsa Berbeza Dengan Pertukaran Jantina

Dalam Islam, isu khunsa dan pertukaran jantina adalah dua perkara yang berbeza.

Khunsa merujuk kepada individu yang dilahirkan dengan kekeliruan atau ciri-ciri jantina yang tidak jelas. Penentuan jantinanya dibuat berdasarkan penelitian pakar perubatan dan hukum syarak terhadap jantina yang lebih dominan.

Sebaliknya, seseorang yang dilahirkan dengan jantina yang jelas tetapi menjalani pembedahan semata-mata untuk menukar jantina tidak mengubah hakikat jantinanya menurut hukum syarak.

Oleh itu, setiap kes perlu diteliti berdasarkan fakta, bukti perubatan serta diputuskan oleh Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa berkaitan.

Perkongsian ini juga menjadi peringatan bahawa isu melibatkan status jantina dan kesahihan perkahwinan bukan perkara yang boleh diputuskan melalui andaian atau pandangan di media sosial semata-mata, sebaliknya perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agar hak semua pihak sentiasa terpelihara.

Baca juga: Tunku Azizah Tampil Hulur Bantuan, Pelawa Orang Asli Yang Tiada Tempat Tinggal Pindah Ke Tanah Baginda

Sumber: Instagram @puanhazwanizainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×