Euforia Bola 2026
Asuh

Hasrat Bermandi Berakhir Tragedi, Dua Kanak-Kanak Ditemui Lemas Di Kolam Terbiar

kanak kanak lemas

Dua kanak kanak lemas selepas dipercayai mandi di sebuah kolam terbiar dalam kejadian menyayat hati di Jalan Sungai Manila, Sandakan, Sabah, petang semalam.

Baca juga: Tunku Azizah Tampil Hulur Bantuan, Pelawa Orang Asli Yang Tiada Tempat Tinggal Pindah Ke Tanah Baginda

DUA KANAK KANAK LEMAS SELEPAS MANDI DI KOLAM TERBIAR

kanak kanak lemas

Foto: Polis Diraja Malaysia

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa dikatakan mandi di kolam berkenaan sebelum dipercayai lemas. Mangsa dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9 tahun, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia 11 tahun masih belum diperoleh identitinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum menggerakkan lima anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, lokasi kejadian terletak kira-kira 19 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dan pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada jam 4.38 petang.

Mangsa ditemui orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat

kanak kanak lemas

Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa didapati telah ditemui oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat dan membawa keluar kedua-dua mangsa dari kawasan kolam sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi tamat sejurus semua prosedur di lokasi selesai dilaksanakan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kejadian jadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga

Tragedi ini sekali lagi menjadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengetahui keberadaan anak-anak, terutama ketika mereka bermain di luar rumah atau berhampiran kawasan berair seperti kolam, sungai, tasik dan lombong.

Kawasan kolam terbiar yang kelihatan tenang mungkin menyimpan pelbagai risiko seperti kedalaman air yang tidak diketahui, dasar yang licin serta tebing yang curam, sekali gus meningkatkan risiko kejadian lemas, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Orang ramai juga dinasihatkan agar segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya melihat kanak-kanak bermain di kawasan berbahaya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Baca juga: Cantik, Bijak & Berdisiplin! Bakal Ratu Sepanyol Raih Pujian Selepas Berjaya Habiskan 3 Tahun Latihan Ketenteraan

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×