Baru-baru ini, tular gambar yang memaparkan seorang wanita disyaki warga asing dan dipercayai menyidai pakaian di pagar tepi jalan di Pasar Jawa, Klang.
Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, malah turut mendapat perhatian Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang memaklumkan tindakan susulan akan diambil.
Baca juga: Tular Video Budak Keluar Kepala Melalui Sunroof Kereta, Ramai Baru Tahu Ia Berbahaya!
WANITA WARGA ASING SIDAI BAJU DI PAGAR TEPI JALAN AWAM

Seorang wanita dipercayai warga asing dengan selamba menyidai pakaian di palang besi laluan pejalan kaki di Pasar Jawa, Klang berdekatan stesen LRT Jambatan Kota.
Menurut pemilik hantaran Threads @niklaici, dia ternampak seorang wanita dipercayai warga asing sedang menyidai pakaian pada pagar besi di kawasan laluan pejalan kaki berhampiran premis perniagaan.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, lebih 10 helai pakaian disidai pada pagar tersebut, manakala wanita berkenaan yang berbaju kemeja-T kuning dilihat sedang menyusun pakaian yang dijemur.
Situasi itu mencetuskan rasa kurang senang kerana kawasan berkenaan merupakan lokasi awam yang sering dilalui orang ramai.
“Aku benci warga pendatang asing buat perangai macam dekat negara sendiri. Kisahnya aku jalan-jalan dekat Pasar Jawa. Nampak makhluk ni sidai baju dengan selambanya dekat tepi jalan.
“Sakit mata oi. Aku dah tegur, dia balas balik dalam bahasa dia. Menyesal pula aku tak up (naikkan) lagi level (tahap) kurang ajar aku,” katanya pada hantaran berkenaan.
Dakwa sudah tegur tetapi tidak diendahkan
Pemilik hantaran turut mendakwa dia telah menegur wanita terbabit, namun wanita itu dikatakan membalas menggunakan bahasa yang tidak difahaminya.
Dia turut memaklumkan lokasi kejadian juga berhampiran Stesen LRT Jambatan Kota di Pasar Jawa, Klang.
Bagaimanapun, pengguna Threads itu memilih untuk tidak bertindak lebih jauh kerana bimbang terhadap keselamatan dirinya memandangkan kawasan berkenaan didakwanya mempunyai ramai warga asing.
“Ikut hati memang aku nak campak je, tapi aku fikirkan keselamatan sebab sini bersepah warga asing. Dobi berhampiran yang guna warga asing.
“Klang adalah bandaraya diraja bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), pejabat majlis pun dekat je sini.
“Tapi entahlah bersepah warga asing kat sini. Nak bergaduh lebih-lebih karang tak pasal-pasal aku ke dalam, dibuang kerja macam tu sahaja sebab ada rekod. Tapi betullah, orang Malaysia terlalu baik sampai diorang pijak-pijak kita,” katanya.
Perkongsian tersebut kemudian tular dan menerima lebih 100,000 tontonan di Threads.
Baca juga: Ingatkan Percuma Tapi Kena Infak Lepas Urus Jenazah Kanak-Kanak, Van Jenazah Melaka Henti Operasi
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya menyifatkan tindakan menyidai pakaian di kawasan awam sebagai tidak sesuai kerana boleh mencacatkan pemandangan serta menjejaskan imej di mata pelancong.
Malah, ada juga yang mendakwa pernah melihat situasi hampir sama berlaku di lokasi lain dan berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

MBDK MAKLUM AKAN JALANKAN PEMANTAUAN BERKALA
Susulan isu yang tular itu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian berkenaan.
Menurut MBDK, pemantauan secara berkala akan dijalankan oleh anggota penguat kuasa memandangkan kawasan tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai selepas pembukaan laluan LRT3.
Dalam masa sama, pihak berkuasa turut mengingatkan semua pihak supaya mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan Bandaraya Diraja Klang.
“Pemantauan secara berkala akan dilakukan oleh penguatkuasa memandangkan lokasi kini menjadi tumpuan dengan kewujudkan LRT3.
“Semua pihak perlu ada sensiviti dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan Bandaraya Diraja Klang,” katanya.
Baca juga: Mata Murid 7 Tahun Lebam, Guru Di Batu Pahat Didakwa Baling Pemadam Papan Putih
Sumber: Threads @niklaici / Majlis Bandaraya Diraja Klang
FT Image: Threads @niklaici / Majlis Bandaraya Diraja Klang
