Euforia Bola 2026
Famili

Khairul Aming Mohon Maaf.. Sistem POS Rembayung Alami Gangguan, Punca Pesanan Makanan Lewat

restoran rembayung

Pempengaruh dan pemilik Restoran Rembayung, Khairul Aming, tampil memohon maaf kepada pelanggan selepas sistem Point of Sale (POS) di premis makanannya mengalami gangguan sehingga menyebabkan pesanan makanan lewat diproses.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Khairul Aming menjelaskan gangguan tersebut berlaku pada waktu makan tengah hari, sekali gus memberi kesan kepada operasi dapur kerana semua pesanan yang dibuat pelanggan tidak dapat diterima melalui sistem seperti biasa.

Baca juga: Tragedi Berulang! Ibu Gajah Setia Temani Anak Mati Dilanggar Selama 7 Jam, Pilu…

RESTORAN REMBAYUNG ALAMI GANGGUAN POS, TULIS ORDER ‘MANUAL’

RESTORAN REMBAYUNG

Menurutnya, sepanjang enam bulan perniagaan beroperasi, ini merupakan kali pertama masalah sedemikian berlaku.

“Mohon maaf hari ni huru hara waktu lunch. Sepanjang 6 bulan berniaga hari ni first time StoreHub POS system down di mana semua order tak masuk dalam kitchen,” jelasnya.

Akibat gangguan itu, kakitangan terpaksa menulis setiap pesanan secara manual bagi memastikan semua tempahan dapat disediakan, namun proses tersebut menyebabkan penyediaan makanan mengambil masa lebih lama daripada kebiasaan.

“Kita kena manually tulis satu persatu order menyebabkan makanan slot tengah hari tadi semua delay and slot yang jam 2pm affected masuk lambat,” tambahnya.

Walaupun berdepan situasi yang tidak dijangka, dia memaklumkan keadaan operasi semakin terkawal selepas pasukan mereka mengambil langkah menguruskan tempahan secara manual sementara menunggu sistem kembali pulih.

RESTORAN REMBAYUNG

Perkongsian itu turut disertakan dengan permohonan maaf kepada semua pelanggan yang terkesan dan terpaksa menunggu lebih lama daripada kebiasaan untuk menerima pesanan masing-masing.

Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata netizen memuji tindakan Khairul Aming yang segera memaklumkan situasi sebenar kepada pelanggan, selain menyifatkan masalah teknikal seperti itu sebagai sesuatu yang di luar kawalan mana-mana pihak.

“Harap semua boleh terima dan faham. Tak semua perkara akan sentiasa berjalan seperti yang dirancang. Kadang-kadang, situasi yang tidak di jangka. Bukan sengaja. Mengajar kita tentang sabar, empati dan budi bicara,” komen pengguna media sosial.

Malah, ramai pelanggan turut memberikan kata-kata semangat kepada pasukan operasi yang disifatkan tetap berusaha memastikan setiap pesanan disiapkan walaupun berdepan gangguan sistem.

Baca juga: Bayi 9 Bulan Diculik Ketika Ibu Sedang Tidur, Jadi Mangsa ‘Kerakusan’ Remaja 12 Tahun!

Sumber: Threads Khairul Aming

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×