Euforia Bola 2026
Rakyat

Jadual Fasa Pasport Baharu Dah Keluar, Semak Tarikh & Senarai Pejabat Terlibat

jadual fasa pasport baharu

Bagi orang ramai yang bercadang membuat permohonan atau pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), anda disarankan untuk menyemak jadual fasa pasport baharu terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat imigresen.

Bermula hari ini (1 Julai 2026), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan pengenalan Pasport Malaysia baharu secara berperingkat di seluruh negara serta beberapa Pejabat Atase Imigresen Malaysia di luar negara.

Baca juga: Macam Filem Fiksyen! Angkasawan Kongsi Foto Memukau Kilauan Aurora Selatan Dari Angkasa, Ramai Tergamam!

JADUAL FASA PASPORT BAHARU MENGIKUT TARIKH & PEJABAT

jadual fasa pasport baharu

Gambar: Intagram Imigresen

Pelaksanaan ini bertujuan memperkenalkan reka bentuk dan ciri keselamatan terkini pada pasport Malaysia selaras dengan piawaian antarabangsa yang lebih tinggi.

Menurut perkongsian rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, pelaksanaan Pasport Malaysia baharu tidak dilakukan serentak di semua pejabat pasport. Sebaliknya, ia dilaksanakan mengikut beberapa fasa bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan lebih tersusun.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk jadual rasmi mengikut lokasi pejabat pasport masing-masing sebelum membuat janji temu atau hadir ke kaunter.

Jabatan Imigresen Malaysia turut memberi peringatan bahawa pemegang pasport sedia ada tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat pertukaran.

“Pasport sedia ada boleh terus digunakan sehingga 6 bulan sebelum tamat tempoh sah laku. Orang ramai tidak perlu menukarnya dengan segera.” tulis JIM.

Fasa 1 (Mulai 1 Julai 2026)

  1. Ibu Pejabat Putrajaya, Menara Ikhlas
  2. Jalan Duta, Kuala Lumpur
  3. Melaka
  4. Seremban
  5. Kelana Jaya
  6. KLIA
  7. UTC Puduraya
  8. UTC Selangor
  9. UTC Johor Bahru
  10. UTC Pasir Gudang
  11. UTC Ipoh
  12. UTC Kedah
  13. UTC Sungai Petani
  14. UTC Seberang Prai

Fasa 2 (Mulai 6 Julai 2026)

  1. Kajang
  2. Setia Tropika
  3. Kulai Jaya
  4. Kulim
  5. UTC Sentul
  6. UTC Keramat
  7. UTC Melaka
  8. UTC Pulau Pinang (KOMTAR)

Fasa 3 (Mulai 9 Julai 2026)

  1. Shaftsbury Putrajaya
  2. Shah Alam (PKNS)
  3. Kluang
  4. Batu Pahat
  5. UTC Kuantan
  6. UTC Kota Bharu
  7. UTC Kuala Terengganu

Fasa 4 (Mulai 13 Julai 2026)

  1. Kuala Selangor
  2. Wangsa Maju
  3. Pelabuhan Klang
  4. Besut
  5. Segamat
  6. Muar
  7. Kukup
  8. Puchong
  9. Taiping

Fasa 5 (Mulai 21 Julai 2026)

  1. Lumut
  2. Alor Setar
  3. Kuala Langat
  4. Kuala Kubu Baru
  5. Temerloh
  6. Raub
  7. Port Dickson
  8. Mersing
  9. Teluk Intan
  10. UTC Perlis

Fasa 6 (Mulai 27 Julai 2026)

  1. Chukai
  2. Pengkalan Hulu
  3. Cameron Highlands
  4. Bintulu
  5. Sri Aman
  6. UTC Kuching
  7. UTC Miri
  8. UTC Sibu
  9. UTC Kota Kinabalu
  10. UTC Tawau
  11. UTC Keningau

Fasa 7 (Mulai 3 Ogos 2026)

  1. Langkawi
  2. Bukit Kayu Hitam
  3. Kuching
  4. Lawas
  5. Limbang
  6. Kota Kinabalu
  7. Sandakan
  8. LTA Kota Kinabalu
  9. Lahad Datu
  10. UTC Labuan

Baca juga: Tak Perlu Lagi Beratur! Rapid Bulanan Digital Kini Boleh Diaktifkan Guna TNG eWallet, Ini Caranya…

PERKHIDMATAN DI PEJABAT ATASE IMIGRESEN (LUAR NEGARA)

Selain pejabat pasport dalam negara, pelaksanaan ini turut diperluaskan kepada beberapa Pejabat Atase Imigresen Malaysia di luar negara.

Fasa 8 (Mulai 18 Ogos 2026)

  1. Jeddah
  2. Jakarta
  3. Hong Kong

Fasa 9 (Mulai 25 Ogos 2026)

  1. Singapura
  2. Melbourne
  3. London
  4. New York

Pelaksanaan secara berperingkat ini merupakan sebahagian daripada perancangan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan proses peralihan kepada Pasport Malaysia baharu berjalan lancar tanpa menjejaskan operasi di kaunter.

Orang ramai disaran menyemak jadual fasa pasport baharu terlebih dahulu dan hanya hadir ke pejabat yang telah memulakan pelaksanaannya.

Pada masa sama, pasport sedia ada masih boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tamat tempoh sah laku, sekali gus mengelakkan keperluan untuk membuat pembaharuan secara tergesa-gesa.

Sumber: Instagram @imigresen

FT Image: Instagram Imigresen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×