Euforia Bola 2026
Famili

Mayat Wanita Ditemui Dalam Bagasi, Pemilik Rumah Sewa Terhidu Bau Busuk

mayat dalam bagasi

Penduduk sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang digemparkan dengan penemuan mayat dalam bagasi yang merupakan seorang wanita selepas terhidu bau busuk dari sebuah unit kediaman menimbulkan rasa curiga.

Baca juga: Selalu ‘Skip’ Sarapan Sebab Sibuk? Ini Kesan Yang Ramai Tak Sedar Berlaku Pada Badan

MAYAT DALAM BAGASI DITEMUI DI RUMAH SEWA

mayat dalam bagasi

Foto: Berita Harian

Kejadian yang berlaku itu terbongkar selepas pemilik rumah gagal menghubungi penyewanya sebelum membuat pemeriksaan di unit berkenaan.

Menurut pemilik rumah yang enggan dikenali, dia beberapa kali cuba menghubungi penyewa wanita warga Nepal tersebut, namun panggilannya tidak dijawab.

Disebabkan bimbang, dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah yang disewakan itu bagi melihat keadaan penyewanya.

Sebaik memasuki rumah, dia mendakwa terhidu bau busuk yang sangat kuat selain mendapati keadaan rumah berada dalam keadaan kotor.

Katanya, terdapat kesan kumbahan di lantai serta sebuah kotak kadbod besar di ruang tamu yang dipenuhi pakaian dan fabrik.

Lebih mengejutkan, terdapat cecair dipercayai kumbahan yang bocor keluar dari kotak tersebut.

Bagasi Kembung Dan Terlalu Berat Untuk Dibuka

Apabila menghampiri kotak berkenaan, pemilik rumah menemui sebuah bagasi di dalamnya.

Dia cuba mengeluarkan bagasi itu untuk melihat kandungannya, namun mendapati ia terlalu berat.

Malah, bagasi tersebut dilihat kembung dan zipnya sukar dibuka.

Kerana berasa takut dan mengesyaki sesuatu yang tidak kena, dia segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Polis Temui Mayat Dalam Bagasi Di Ruang Tamu Rumah

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.37 malam.

Pasukan polis bersama unit forensik kemudian menjalankan pemeriksaan di lokasi sebelum menemui mayat seorang wanita tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di dalam bagasi yang diletakkan di ruang tamu rumah.

Identiti mangsa masih belum disahkan, namun pemilik rumah percaya mayat itu ialah penyewa wanita warga Nepal yang tinggal di unit tersebut sejak kira-kira tiga bulan lalu bersama seorang lelaki.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

mayat dalam bagasi

Foto: NST

Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh..

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta mengesan individu yang terlibat dalam kes berkenaan.

Baca juga: Jangan Sembunyi Masalah Kemaluan Berbau Dengan Pewangi! Ini 5 Tanda Anda Perlu Segera Jumpa Doktor

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×