Euforia Bola 2026
Famili

“Baby Tak Sejuk Ke?” Wanita Dalam Situasi Cemas Di Hospital Sebak, Uncle India Datang Semula Bawa Selimut

uncle india

Baru-baru ini, kisah seorang uncle India yang prihatin terhadap seorang bayi di hospital menyentuh hati ramai dan menjadi contoh nilai kemanusiaan yang wajar dicontohi masyarakat.

Hal ini kerana, ketika berdepan detik cemas di hospital, tindakan kecil daripada orang tidak dikenali kadangkala mampu memberi ketenangan yang cukup besar.

Baca juga: “Pastinya Menggembirakan Arwah Bapa”- Usia 73 Tahun Bukan Halangan, Datuk Fauziah Nawi Sambung Master

 WANITA DALAM SITUASI CEMAS SEBAK UNCLE INDIA DATANG SEMULA BAWAKAN SELIMUT UNTUK BAYINYA

uncle india

Gambar: Threads @ai.hhhah__

Perkongsian seorang wanita di Threads itu bukan sahaja membuat ramai sebak, malah mengingatkan bahawa sikap prihatin masih wujud tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Menurut wanita tersebut, ketika itu dia sedang menunggu suaminya mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan sambil menjaga bayi mereka.

Disebabkan datang dalam keadaan tergesa-gesa, mereka tidak sempat membawa sebarang kelengkapan termasuk selimut untuk anak kecil mereka. Dalam keadaan fikiran yang bercelaru, seorang lelaki warga emas tiba-tiba datang menegur.

“Baby tak sejuk ke? Tak ada blanket?” tanya uncle India yang tidak dikenalinya itu.

Wanita itu kemudian menjelaskan mereka datang terlalu kelam-kabut sehingga tidak sempat membawa apa-apa.

“Tak ada uncle, tak sempat bawa apa-apa,” jawabnya.

Tak sangka uncle datang semula bawa selimut

Selepas mendengar penjelasan tersebut, lelaki itu dilihat berlalu pergi.

Namun beberapa ketika kemudian, dia kembali bersama seorang petugas hospital sambil membawa sehelai selimut untuk bayi wanita berkenaan.

Tindakan spontan itu nyata membuat ibu tersebut tersentuh hati kerana tidak menyangka ada individu yang begitu prihatin walaupun mereka tidak saling mengenali.

“Terima kasih uncle. Semoga uncle cepat sembuh. Asbab selimut ini baby saya tak meragam. Dia tidur lena sampai 8.30 pagi,” tulis wanita itu.

Walaupun bantuan diberikan hanyalah sehelai selimut, ia cukup bermakna buat seorang ibu yang sedang berdepan situasi mencemaskan.

Baca juga: Teladan Yang Membanggakan! Tuan Nurhan Terima Penghargaan Lepas ‘Escort’ Ambulans Ke HTAA Dalam Trafik Sesak

uncle india

Tangkap layar Threads @ai.hhhah__

Ramai sebak, anggap itu kasih sayang seorang datuk

Di ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa terharu membaca kisah berkenaan.

Ada yang berpendapat tindakan lelaki warga emas itu menggambarkan kasih sayang seorang datuk yang tidak sanggup melihat bayi berada dalam keadaan tidak selesa.

Malah ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing dibantu individu berbangsa India ketika berada dalam kesusahan, sama ada di hospital, kejiranan mahupun situasi harian.

Hakikatnya, kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa kebaikan tidak semestinya hadir dalam bentuk besar atau mahal.

Kadang-kadang, pertanyaan ringkas, sedikit empati atau bantuan kecil mampu memberi kesan mendalam kepada seseorang yang sedang melalui hari paling sukar dalam hidup mereka.

Semoga kisah menyentuh hati ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk lebih peka terhadap orang sekeliling. Sebab kadang-kadang, satu tindakan kecil mampu memberi makna yang cukup besar.

Baca juga: Dalam Sibuk Cari Rezeki, Rider Ini Pilih Berhenti Tepi Jalan & Bantu Warga Emas Berkerusi Roda Undang Sebak

Sumber: Threads @ai.hhhah__

FT Image: Threads @ai.hhhah__

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×