Euforia Bola 2026
Famili

“Allah Jemput Sebab Preparation Dia Sungguh-Sungguh”- Netizen Kagum Lihat Buku Nota Lisa Surihani Tunai Haji, Lengkap Ilmu & Doa

ibadah haji

Baru-baru ini, pelakon terkenal Datin Lisa Surihani menjadi perhatian ramai apabila nota persiapan ibadah hajinya tular di media sosial. Buku catatan tersebut dipenuhi dengan doa, zikir dan pelbagai panduan berkaitan ibadah haji yang dipercayai ditulis sendiri olehnya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Baca juga: Ingatkan Sekadar Soket Biasa, Rupanya Ini Beza Plug Merah & Putih Belakang Katil Hospital..Misteri Terjawab!

NOTA IBADAH HAJI DATIN LISA SURIHANI MENJADI PERHATIAN

ibadah haji

Foto: Tiktok @dramirulhassan

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang kagum melihat kesungguhan Lisa membuat persediaan bagi menyambut panggilan istimewa sebagai tetamu Allah.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Dr Amirul Hassan yang memaparkan sebahagian catatan milik Lisa.

Menerusi gambar yang dikongsikan, buku tersebut mengandungi pelbagai nota berkaitan ibadah haji termasuk doa-doa, zikir, amalan harian serta perkara penting yang perlu diberi perhatian sepanjang berada di Tanah Suci.

Menurut Dr Amirul, beliau sendiri kagum melihat usaha dan kesungguhan Lisa dalam membuat persediaan rohani sebelum mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Amaze sangat dengan catatan Hajah Lisa Surihani sebagai persediaan rohaninya menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal, masya-Allah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama.

Netizen Puji Kesungguhan Lisa Buat Persiapan

ibadah haji

Foto: Tiktok @dramirulhassan

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Lisa yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membuat persediaan sebelum berangkat mengerjakan haji.

Malah ada yang menyifatkan usaha tersebut sebagai salah satu bentuk ikhtiar terbaik untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan lebih tenang dan teratur.

Masya-Allah, Allah jemput dia haji sebab preparation dia yang bersungguh-sungguh.

Selain itu, ramai juga memuji tulisan tangan Lisa yang kemas dan tersusun, sekali gus menunjukkan kesungguhannya dalam memahami serta menghafal perkara-perkara penting berkaitan ibadah haji.

Cantiknya tulisan hajah.

Masya-Allah, terbaik Hajah Lisa.

Jadi Inspirasi Kepada Bakal Tetamu Allah

Dalam masa sama, ramai netizen mengakui mereka tidak pernah terfikir untuk menyediakan nota khas sebagai rujukan sebelum menunaikan haji atau umrah.

Namun selepas melihat perkongsian tersebut, ada yang berhasrat untuk mencontohi cara Lisa membuat persiapan sekiranya diberikan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti.

Bagusnya persediaan dia, kita pun tak terfikir. Boleh la nak tiru, start buatlah. Terima kasih share.

Perkongsian itu bukan sahaja menunjukkan kesungguhan Lisa dalam membuat persiapan rohani, malah turut menjadi inspirasi kepada ramai umat Islam bahawa perjalanan menuju Baitullah memerlukan ilmu, persediaan dan usaha yang berterusan agar setiap ibadah dapat dilakukan dengan lebih bermakna.

Baca juga: Niat Nak Cari Van Sekolah Untuk Anak, Si Ayah Ini Tak Sangka Duit Lesap Ditipu Scammer!

@dramirulhassan Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia🇸🇦 #inspiration ♬ оригинальный звук – Ihlas Salih

Sumber: Tiktok @dramirulhassan

FT Images: Tiktok @dramirulhassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×