Anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima hadiah sebuah Lamborghini Urus Mansory sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.
Kejutan tersebut diberikan ketika siaran langsung sebuah program TV dan difahamkan kereta mewah itu dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
ANAK DATUK SERI VIDA, CIK B TERIMA KEJUTAN LAMBORGHINI URUS

Foto: Tiktok @datoserividaofficial
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia langsung tidak menyangka permintaannya untuk memiliki kereta idaman itu benar-benar ditunaikan oleh ibunya.
“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru. Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam,” katanya.
Cik B turut menyifatkan hadiah tersebut sebagai sesuatu yang cukup besar buat dirinya memandangkan dia hanya berkongsi hasrat memiliki kereta itu tanpa meletakkan harapan tinggi untuk benar-benar mendapatkannya.
“Kadang-Kadang Saya Rasa Tak Layak”
Dalam masa sama, Cik B mengakui dia kadangkala berasa dirinya tidak layak menerima kemewahan seperti itu kerana sebelum ini ibunya juga pernah menghadiahkan sebuah Mercedes Brabus G63 kepadanya.
“Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya. Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini,” ujarnya.
Kenyataan tersebut turut menarik perhatian ramai yang melihat sisi rendah diri Cik B walaupun sering dikaitkan dengan kehidupan serba mewah keluarga mereka.
Menurutnya lagi, kejutan berkenaan berjaya dirahsiakan sepenuhnya tanpa pengetahuannya sehingga saat akhir.
“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya. Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” katanya lagi.
Anak Datuk Seri Vida Mahu Balas Jasa Ibu

Foto: Tiktok @datoserividaofficial
Di sebalik perhatian terhadap hadiah mewah tersebut, Cik B berkata perkara paling penting buat dirinya ketika ini ialah membalas jasa ibunya yang selama ini bekerja keras membesarkan keluarga serta menguruskan perniagaan.
Dia juga mengakui sangat mengagumi kesungguhan Datuk Seri Vida yang mampu mengendalikan perniagaan besar sebagai ibu tunggal.
“Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket. Apa sahaja mama nak, saya boleh sediakan,” katanya.
Tambah Cik B, dia berharap suatu hari nanti dapat mengambil alih tanggungjawab menguruskan perniagaan keluarga supaya ibunya dapat berehat dan menikmati hidup dengan lebih tenang.
“Saya nak mama berehat, duduk rumah, pergi bercuti dan tak perlu lagi fikir soal bisnes. Tapi saya tahu bukan mudah untuk ambil alih perniagaan mama sebab mama ada lebih 200 pekerja,” luahnya.
Raih Pelbagai Reaksi Netizen
Momen kejutan pemberian Lamborghini tersebut menjadi perhatian netizen di media sosial selepas rakaman program itu tular di pelbagai platform.
Ramai yang turut memuji hubungan rapat antara ibu dan anak itu selain tersentuh dengan penghargaan yang ditunjukkan Cik B terhadap pengorbanan ibunya selama ini.
@datoserividaofficial Hadiah paling special kereta idaman cikb dari dulu. Happy belated birthday cikb ANAK MAMA YANG HEBAT 🥰❤️ #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #cikb #ttmm2 ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Baca juga: Kerajaan Rancang Wujudkan Surau Jumaat Di ‘Shibuya’ Bukit Bintang, Mudahkan Umat Islam Beribadah
Sumber: Tiktok @datoserividaofficial
FT Images: Tiktok @datoserividaofficial
