Euforia Bola 2026
Famili

Misteri Ketukan Jam 2 Pagi Di Puncak Alam Buat Penduduk Tak Senang Duduk, Siap Ada Bau Busuk!

KETUK PINTU

Penduduk di sekitar Puncak Alam kini dilanda kebimbangan selepas tular dakwaan mengenai bunyi ketuk pintu misteri yang didengari sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

Perkongsian tersebut bukan sahaja mencetuskan rasa seram, malah ramai mendakwa mereka turut mengalami kejadian sama sehingga tidak berani membuka pintu rumah masing-masing.

Baca juga: Bukan Sengaja Dilambatkan…TNB Buka Mulut Isu 13 Tahun Tiada Bekalan Elektrik, Proses Sambungan Dijangka 24 Mei

MISTERI KETUK PINTU DI PUNCAK ALAM JAM 2 3 PAGI

KETUK PINTU

Sekadar gambar hiasan

“Kecoh dah orang ketuk pintu 2 hingga 3 pagi sekitar Puncak Alam. Orang kata ‘gula-gula’ ye ke?” tulis pengguna media sosial.

Perkongsian itu kemudian dibanjiri pelbagai komen daripada netizen yang turut mendakwa mengalami situasi sama sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk.

Ada yang mendakwa bunyi ketukan tersebut sangat kuat sehingga mengejutkan mereka daripada tidur, namun tidak berani membuka pintu untuk memeriksa keadaan di luar rumah.

“Dalam kumpulan WhatsApp kami pun kecoh. Kami rumah tinggi di Puncak Bestari, yang kena tingkat dua, tujuh, 11 dan 14,” dakwa seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna turut mendakwa dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi ketukan kuat sekitar pukul 3 pagi.

“Saya pergi tengok di ruang tamu tapi tak nampak apa-apa. Nak buka pintu depan memang tak berani,” katanya.

Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang mengaitkan kejadian tersebut dengan kepercayaan mistik dan perkara paranormal, lebih-lebih lagi menjelang kedatangan 1 Muharam.

“Dah dekat 1 Muharam, biasa orang nak uji ilmu. Kalau ada orang ketuk, jangan sesekali buka pintu atau keluar rumah,” dakwa seorang pengguna lain.

KETUK PINTU

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman menyeramkan ketika memandu pulang pada waktu malam apabila terhidu bau busuk misteri di dalam kereta walaupun tidak menemui sebarang punca.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan tersebut dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi melampau yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Baca juga: “Ampun Tuanku Sultan Pahang…” Rayuan Di Tepi Jalan Ini Akhirnya Tamatkan Derita Keluarga 13 Tahun Tanpa Elektrik

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×