Euforia Bola 2026
Didik

Rezeki Cikgu Di ‘Bumi Cameron Highlands’, Rumah Meriah Dengan Hadiah Hari Guru Hasil Segar Dari Kebun

hadiah untuk hari guru

Setiap kali tibanya sambutan Hari Guru, pasti ramai mula mencari idea hadiah untuk Hari Guru sebagai tanda penghargaan kepada insan yang banyak berjasa mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak.

Begitulah juga perkongsian yang dibuat oleh Ekin Ramli menerusi laman Facebook miliknya apabila berkongsi suasana rumah mereka setiap kali menerima pelbagai hadiah untuk Hari Guru daripada anak-anak murid suaminya

Baca juga: “Ampun Tuanku Sultan Pahang…” Rayuan Di Tepi Jalan Ini Akhirnya Tamatkan Derita Keluarga 13 Tahun Tanpa Elektrik

HADIAH UNTUK HARI GURU INI KREATIF, PELAJAR CAMERON HIGHLANDS

HADIAH UNTUK HARI GURU

Namun apa yang mencuri perhatian ramai bukanlah hadiah mahal atau mewah, sebaliknya pelbagai hasil kebun dan sayur-sayuran segar yang diberikan oleh anak-anak murid kepada suaminya yang merupakan seorang guru di Cameron Highlands.

Menurut Ekin, setiap kali tibanya Hari Guru, rumah mereka akan meriah dengan pelbagai hasil tanaman daripada pelajar sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada guru.

“Setiap kali tiba hari guru, memang meriah rumah kami dengan sayur dan hasil kebun daripada anak anak murid. Alhamdulillah, rezeki cikgu di bumi Cameron Highlands,” tulisnya.

Tambahnya lagi, hadiah yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang itu sudah cukup bermakna buat seorang guru.

“Tak perlu hadiah mahal, cukup yang diberi penuh kasih sayang dan keikhlasan. Itu yang paling bermakna kan. The beauty of being a teacher in Cameron Highlands,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya tersentuh melihat cara anak-anak murid menghargai guru mereka dengan cara yang cukup sederhana tetapi penuh makna.

Baca juga: Mengalir Air Mata Bapa Allahyarham Zayn Rayyan, Hak Penjagaan Anak Kedua Diberikan Tanpa Syarat

Sumber: Facebook Ekin Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×