Malaysia sememangnya antara destinasi pelancongan pilihan ramai pelancong luar negara kerana terkenal dengan makanan yang pelbagai, kos hidup yang lebih murah, budaya unik serta layanan rakyat tempatan yang mesra.
Kuala Lumpur khususnya sering menjadi tumpuan pelancong kerana gabungan suasana moden dan tradisional dalam satu bandar daripada bangunan ikonik, pusat membeli-belah, kafe hipster hinggalah syurga makanan jalanan yang sentiasa meriah.
Baca juga: Tren Buat Hal Sampai Lambat Masuk Office? Rupanya Anda Boleh Minta ‘Slip Bukti’ Ini & Tunjuk Bos
PELANCONG LUAR NEGARA KONGSI PENGALAMAN JALAN KAKI DI KL

Foto: Tiktok @verasplot
Namun di sebalik semua tarikan itu, seorang pelancong wanita dari Eropah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu perkara yang menurutnya agak ‘mengejutkan’ ketika berada di ibu negara.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita dikenali sebagai Vera berkata dia sangat menyukai Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia antara rakyat yang paling baik pernah ditemuinya sepanjang hampir dua tahun mengembara di Asia.
Namun begitu, pengalaman berjalan kaki di Kuala Lumpur membuatkannya tertanya-tanya mengapa ia terasa begitu sukar dan mencabar.
“I love KL so much… but why does it feel like walking in KL is like survival game?”
Menurutnya, walaupun terdapat laluan melintas pejalan kaki, kebanyakan kenderaan jarang berhenti dan memandu dengan laju. Malah, ada kawasan yang menurutnya langsung tidak mempunyai laluan berjalan kaki yang selesa untuk pejalan kaki.
Sebagai individu dari Eropah yang sudah terbiasa berjalan kaki ke mana-mana walaupun hanya 10 minit dari rumah, dia mengakui pengalaman itu agak mengejutkan.
“I feel like when I’m trying to walk here, I’m playing Squid Game.” katanya sambil menggambarkan pengalaman berjalan kaki di Kuala Lumpur yang menurutnya agak mencabar dan perlu lebih berhati-hati.
Netizen Malaysia Pun Akui Isu Sama

Foto: Tiktok @verasplot
Ruangan komen video tersebut turut dipenuhi reaksi rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersetuju bahawa Kuala Lumpur sememangnya masih belum benar-benar mesra pejalan kaki.
Ada yang secara terbuka mengakui sistem jalan raya di sini lebih memihak kepada pengguna kereta berbanding pejalan kaki.
“Frankly speaking, our road is not pedestrian friendly. Sorry about that.” komen netizen.
Selain itu, faktor cuaca panas dan lembap sepanjang tahun juga dikatakan antara sebab budaya berjalan kaki kurang popular dalam kalangan rakyat tempatan.
“Because of hot weather, we don’t get used to walk under hot sun often, we drive instead.” komen netizen lagi.
Ada juga yang menjelaskan bahawa Kuala Lumpur dibangunkan dengan konsep bandar yang “car-centric”, iaitu lebih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian berbanding bandar-bandar di Eropah atau Jepun yang lebih mengutamakan pejalan kaki dan pengangkutan awam.
KL Semakin Berkembang, Tapi Cabaran Masih Ada
Walaupun banyak pembangunan dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk penambahan laluan pejalan kaki berbumbung, MRT dan pengangkutan awam moden, masih terdapat beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang kurang selesa untuk pejalan kaki.
Antara isu yang sering dibangkitkan termasuklah:
- Laluan pejalan kaki terputus
- Sidewalk sempit atau rosak
- Laluan zebra yang kurang dihormati pengguna jalan raya
- Persimpangan besar yang sukar dilintasi
- Cuaca panas yang membuatkan berjalan kaki jadi memenatkan
Disebabkan itu, ramai pelancong asing khususnya dari negara yang mengamalkan budaya berjalan kaki di negara mereka agak terkejut apabila pertama kali cuba berjalan di sekitar Kuala Lumpur.
Pelancong Luar Negara Tetap Suka Dengan Malaysia
Walaupun video tersebut menimbulkan perbincangan tentang isu kemudahan pejalan kaki, ramai netizen melihatnya sebagai teguran yang jujur dan relevan untuk penambahbaikan bandar pada masa depan.
Dalam masa sama, ramai turut menghargai bagaimana pelancong luar masih memuji keindahan Malaysia, makanan tempatan dan keramahan rakyatnya walaupun berdepan pengalaman mencabar ketika berjalan kaki.
Malah, ramai bersetuju bahawa Kuala Lumpur tetap mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan ramai pelancong luar datang semula ke Malaysia.
@verasplot I think walking around the city is the BEST way to actually experience it – feel the vibe, the energy, see how people live, explore – so I really wish I can walk more in KL but I’m so scared 😭 #kualalumpur ♬ original sound – verasplot
Baca juga: “Pukul 3 Pagi Dia Menjerit..”- Pengalaman Petugas Di Wad Tentang Bunga Lily Buat Ramai Seram Sejuk!
Sumber: Tiktok @verasplot
FT Images: Tiktok @verasplot
