Euforia Bola 2026
Rakyat

Tren Buat Hal Sampai Lambat Masuk Office? Rupanya Anda Boleh Minta ‘Slip Bukti’ Ini & Tunjuk Bos

rapid kl

Bagi pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang, kelewatan tren Rapid KL sememangnya antara situasi yang sukar dielakkan, lebih-lebih lagi ketika waktu puncak. Malah, situasi sebegini kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Ada masanya gangguan teknikal, masalah sistem isyarat, atau tren yang bergerak perlahan boleh menyebabkan pengguna terkandas lebih lama daripada biasa dan akhirnya lewat tiba di tempat kerja, kelas, atau temu janji penting.

Baca juga: “Pukul 3 Pagi Dia Menjerit..”- Pengalaman Petugas Di Wad Tentang Bunga Lily Buat Ramai Seram Sejuk!

RAPID KL SEDIAKAN SLIP KELEWATAN TREN UNTUK PENUMPANG

rapid kl

Foto: NST

Namun ramai sebenarnya tidak tahu bahawa pengguna Rapid KL boleh mendapatkan ‘Train Delay Slip’ atau slip kelewatan tren sebagai bukti rasmi sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan yang menyebabkan perjalanan mereka terjejas.

Slip tersebut boleh digunakan untuk memaklumkan kepada majikan atau pihak berkaitan bahawa kelewatan berlaku disebabkan gangguan perkhidmatan tren dan bukannya atas kecuaian penumpang sendiri.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, penumpang yang terkesan dengan gangguan perkhidmatan boleh mendapatkan slip kelewatan tersebut di kaunter tiket Rapid KL di stesen yang terlibat.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang dikongsikan, perkhidmatan slip kelewatan itu ketika ini melibatkan empat laluan utama iaitu:

  • LRT Laluan Ampang / Sri Petaling
  • LRT Laluan Kelana Jaya
  • KL Monorail
  • MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang

Slip ini biasanya diberikan apabila berlaku kelewatan yang disahkan oleh pihak pengendali perkhidmatan.

Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan bahawa slip kelewatan tren tersebut merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Rapid KL kepada penumpang.

Pihak Rapid KL turut memaklumkan bahawa penumpang boleh meminta slip tersebut terus di kaunter tiket stesen yang terkesan.

Cara Untuk Dapatkan Slip Kelewatan Tren

rapid kl

Foto: Threads @isawittoo_

Bagi pengguna yang masih belum pernah menggunakan kemudahan ini, proses untuk mendapatkan slip kelewatan tren sebenarnya agak mudah.

Sekiranya berlaku gangguan atau kelewatan perkhidmatan:

1. Pergi ke kaunter tiket Rapid KL di stesen terlibat
2. Maklumkan kepada petugas bahawa anda ingin mendapatkan Train Delay Slip
3. Petugas akan mengeluarkan slip sebagai bukti rasmi kelewatan perkhidmatan

Slip tersebut kemudiannya boleh diserahkan kepada majikan, pensyarah, pihak sekolah atau mana-mana pihak berkaitan sebagai dokumen sokongan.

Membantu Penumpang Yang Bergantung Kepada Pengangkutan Awam

Bagi ramai pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang, tren merupakan mod pengangkutan utama untuk ke tempat kerja setiap hari.

Apabila berlaku gangguan perkhidmatan, ia boleh memberi kesan besar kepada rutin harian pengguna terutama mereka yang perlu mengejar waktu bekerja yang ketat.

Kemudahan seperti slip kelewatan ini dilihat dapat membantu penumpang menjelaskan situasi sebenar kepada majikan selain mengurangkan salah faham apabila kelewatan berlaku di luar kawalan mereka.

Amalan seperti ini dianggap membantu meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap sistem pengangkutan awam selain memastikan komunikasi yang lebih telus antara pengendali perkhidmatan dan penumpang.

Jadi selepas ini, kalau anda terkandas akibat tren lewat atau berlaku gangguan perkhidmatan Rapid KL, jangan lupa bahawa anda sebenarnya boleh meminta Train Delay Slip di kaunter stesen sebagai bukti rasmi.

Baca juga: Baru Nak Cuba Ikut Trend Pakai Niacinamide? Ini Tips Untuk Beginner Bagi Elak Kulit ‘Breakout’!

Sumber: Threads @isawittoo_

FT Images: Threads @isawittoo_ dan NST

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×