Euforia Bola 2026
Inspirasi

“18 Tahun Naik Turun Tangga Sekolah”- Tak Pernah Mengeluh, Guru OKU Jalankan Tanggungjawab Didik Anak Bangsa

GURU OKU

Pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa sememangnya tidak ternilai. Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan kekurangan diri, masih ramai pendidik yang terus cekal menjalankan amanah demi melihat anak murid berjaya di dunia dan akhirat. Begitulah kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh seorang guru OKU, Cikgu Firdaus Ebataj menerusi laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Baca juga: “Kalau Duduk Rumah Pun Tak Boleh…”- Atok Usia 71 Gigih Jadi ‘Grab Rider’ Demi Sara Anak Strok

GURU OKU BERJIWA BESAR, 18 TAHUN NAIK TURUN TANGGA

GURU OKU

Menerusi video yang dimuat naik, dia berkongsi dirinya sudah hampir 18 tahun turun naik tangga yang sama demi mendidik anak-anak murid tanpa pernah menjadikan kekurangan fizikal sebagai alasan untuk berhenti berbakti.

“Alhamdulillah, 18 tahun guru OKU turun naik tangga yang sama demi mendidik anak bangsa berjaya di dunia dan akhirat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Cikgu Firdaus merupakan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh, Perak.

Menurut perkongsiannya itu, dia mengalami masalah pada kaki kanan sejak lahir, manakala kaki kirinya pula berlaku kecederaan akibat terjatuh ketika masih kecil.

Walaupun berdepan kesukaran untuk bergerak, semangatnya sebagai seorang pendidik nyata tidak pernah luntur.

Video tersebut nyata menyentuh hati ramai warganet yang kagum melihat ketabahan dan dedikasi beliau dalam mendidik anak-anak murid selama hampir dua dekad.

GURU OKU

Ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan penghargaan dan doa daripada orang ramai.

“Cikguuu. tiada kata saya dapat ucapkan selain terima kasih atas segala pengorbanan dan penat lelah cikgu mendidik anak-anak kami.

“Semoga cikgu murah rezeki dan sihat-sihat selalu ye, aamiin,” tulis seorang pengguna TikTok.

Ramai turut menyifatkan Cikgu Firdaus sebagai inspirasi kepada masyarakat kerana berjaya membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk terus menabur bakti dan memberi manfaat kepada orang lain.

Semangat luar biasa yang ditunjukkan olehnya turut menjadi peringatan bahawa tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi juga mendidik dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan.

@firdaus.ebataj

Alhamdulillah 18 tahun guru Oku turun naik tangga yang sama demi mendidik anak bangsa berjaya di dunia Dan akhirat amin 🤗🔥🔥 Guru Oku Inspirasi Kejayaan Murid 🔥🔥🔥 #guruoku #tangga #sekolah #inspiration #motivasi

♬ gila gila remaja. memburu impian – ‘Fiq_Casting’

Baca juga: 6 Selebriti Bergelar Ibu 50-an Ini Masih Jelita, Anggun & Bergaya Macam Anak Dara.. Usia Hanyalah Nombor!

Sumber: TikTok Firdaus Ebataj

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×