Euforia Bola 2026
Didik

“Macam Cakap Dengan Tunggul”- Pelajar Buat Live TikTok Ketika Cikgu Mengajar, Netizen Kecam Budak Tak Ada Adab!

live tiktok

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pelajar sekolah dirakam membuat siaran langsung atau live TikTok ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung di dalam kelas.

Perkara itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas seorang pengguna Threads, @miezaid, memuat naik tangkap layar menunjukkan pelajar berkenaan sedang beraksi di depan kamera sedangkan gurunya sedang mengajar di hadapan kelas. Mana adab?

Baca juga: “Cikgu Pun Ada Hati”- Kertas Peperiksaan English Pelajar Dapat Markah 0%, Cikgu Menangis Di Luar Kelas

CIKGU MENGAJAR DI DEPAN, PELAJAR BUAT LIVE TIKTOK DI MEJA..TAK FOKUS!

live tiktok

Tangkap layar LIVE Tiktok.

“Dalam kelas, cikgu tengah mengajar tapi murid boleh buat live! Cikgu ibarat bercakap dengan tunggul. Lagi menyakitkan hati bila tengok komen dan bahasa yang digunakan langsung tak ada adab. Ini ke generasi pewaris negara yang kita nak banggakan?” tulisnya di Threads.

Menurutnya lagi, tindakan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dan membuat siaran langsung semasa waktu PdPc adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Dia turut menggesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mengambil langkah tegas supaya perkara seperti ini tidak terus berulang.

“Mohon @kempendidikan ambil serius isu ni. Jangan sampai maruah institusi pendidikan tercalar sebab segelintir pelajar yang hilang hormat pada guru. Netizen pun, jangan normalisasikan benda macam ni. Tegur, bukan sokong,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pelajar zaman sekarang yang disifatkan semakin hilang rasa hormat terhadap guru dan proses pembelajaran. Antara komen yang menarik perhatian ialah daripada pengguna bernama Huzaifah yang menulis:

“Kenapa tak rampas saja telefon tu? Bagi amaran, kalau buat lagi, rampas terus.”

Isu pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah sebenarnya bukan perkara baharu. Namun, tindakan menggunakan platform seperti TikTok untuk membuat siaran langsung ketika guru sedang mengajar jelas mencerminkan masalah disiplin yang perlu diberi perhatian serius.

Ramai berpendapat, sekolah dan ibu bapa perlu memainkan peranan bersama dalam mendidik pelajar agar lebih beretika di dunia digital. Bukan sekadar pandai menggunakan teknologi, tetapi juga tahu menghormati suasana dan waktu yang sesuai.

live tiktok

Foto: Tangkap layar LIVE Tiktok.

*Macam mana nak cemerlang kalau perangai macam ini yang ditonjolkan? Mak ayah hanya tengok sahaja?

Baca juga: Wow! Empat Universiti Malaysia Tersenarai Dalam 150 Terbaik Dunia Oleh QS World Rankings 2026

Sumber: Threads, Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×