Isu aurat terbuka ketika solat kembali menjadi perbincangan hangat selepas seorang individu berkongsi pengalaman menegur seorang imam muda yang didakwa tidak menyedari bahagian belakang punggungnya terdedah setiap kali sujud.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi media sosial apabila lelaki berkenaan mendakwa dia berdiri betul-betul di belakang imam tersebut ketika solat berjemaah.
Baca juga: Jadual Puasa Sunat Zulhijjah 2026 (1447H), Tarikh Penting Termasuk Hari Arafah & Hari Dilarang Puasa
AURAT TERBUKA KETIKA SUJUD, IMAM INI TAK SEDAR

Menurut Dr Tengku Asmadi, pada awal solat semuanya dalam keadaan baik, namun setiap kali imam itu sujud, baju-T yang dipakai terangkat manakala seluar jeans singkat yang dipakai tertarik ke bawah sehingga menampakkan lurah punggung.
Situasi itu membuatkannya berasa serba salah dan malu, malah dia mengambil keputusan untuk mufaraqah sebelum meneruskan solat secara bersendirian.
“Saya dah tegur dengan baik, tak nak terima tak mengapa. Tadi solat diimamkan oleh seorang anak muda. Saya berdiri betul-betul di belakangnya. Waktu permulaan solat semua ok. Tapi setiap kali dia sujud, tshirt pendeknya terangkat. Seluar jeans cawat pendeknya tertarik ke bawah dan nampak lurah buntutnya.
“Aduhai malu jadinya. Saya mufaraqah. Selepas habis, saya nasihat baik-baik tapi dia tak boleh terima dan mengeluarkan pelbagai hujah. Saya kata, peranan saya dah selesai,” tulisnya.
Dalam masa sama, dia turut berkongsi cadangan mudah untuk mengelakkan perkara sama berulang, iaitu dengan membawa jaket dan mengikatnya di bahagian pinggang ketika menunaikan solat.

“Lain kali, bawa jaket, masa solat ikat jaket dipinggang,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut disertakan dengan peringatan bahawa aurat terdedah ketika sujud boleh membatalkan solat sekiranya terbuka dengan jelas dan berterusan.
Disarankan agar memakai pakaian lebih labuh, memastikan seluar sesuai dipakai ketika rukuk dan sujud serta mengambil lebih perhatian jika menjadi imam.
Dalam pada itu, rata-rata warganet bersetuju bahawa teguran secara baik perlu diterima dengan hati terbuka terutama melibatkan perkara berkaitan aurat dan ibadah.
Baca juga: Ini Doa Yang Patut Dibacakan Untuk Jemaah Haji, Bukan Sekadar Hantar & Ucap “Selamat Pergi”
Sumber: Facebook Dr Tengku Asmadi
