Euforia Bola 2026
Nur

Tegur Suami, Ayah & Anak Lelaki Supaya Tak Pakai 4 Pakaian Ini Semasa Tunai Solat

pakaian solat lelaki

MENUTUP aurat dengan sempurna merupakan antara syarat sah solat dan semua orang sedia maklum mengenainya. Namun, perlu sedar bahawa menutup aurat ini bukan sahaja untuk wanita malah pakaian solat lelaki yang betul pun penting untuk diambil kira.

Mana tidaknya, ada yang hanya memakai baju buruk untuk solat dan menganggap itu dapat diterima ibadahnya. Sedarlah bahawa untuk bertemu dengan Sang Pencipta, seeloknya berpakaian dengan elok dan bukan ala kadar sahaja.

Baca juga: Terpaling Ikut Trend, Ustaz Jelas Hukum Pakai Tudung Nampak Leher Walaupun Kepala Tutup

PAKAIAN SOLAT LELAKI YANG BETUL, JANGAN PAKAI 4 PILIHAN INI

Terutama sekali buat para suami, para bapa dan anak lelaki, elakkan diri anda untuk pakai 4 pilihan pakaian ini ketika menunaikan solat. Barulah indah di mata Allah SWT.

pakaian solat lelaki

1.Singlet

Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi Muhammad bersabda:

“Jangan solat oleh seorang Kamu ada pakaian yang sehelai yang tiada dua bahunya..”

2.Pakaian ketat

Janganlah pakai pakaian ketat sehingga nampak lurah dan lekuk tubuh.

3.Baju kecil dan singkat

Hingga terselak bila sujud atau rukuk.

4.Baju padat dengan gambar

Nabi SAW bersabda: “Aku melihat kepada gambarnya sedang aku dalam solat, maka aku bimbang la membawa fitnah kepadaku (atau melalaikan aku)”

Dalam satu lagi hadis diriwayatkan oleh Umar bin Abi Salamah RA, beliau berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW bersolat di dalam sehelai pakaian yang berselimut dengannya di dalam rumah Ummu Salamah dalam keadaan menghantarkan kedua hujungnya atas kedua bahunya.”

Mengulas lanjut tentang nas berkenaan, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, larangan tersebut bukanlah bersifat haram, tetapi dihukumkan sebagai makruh.

Pendek kata, seorang lelaki yang hanya memakai kain atau seluar sahaja dan tidak berbaju ketika solat, hukumnya adalah makruh, tetapi solatnya tetap sah andai kain yang dipakai itu menutup antara pusat dan lututnya, ungkapnya. Hukum sama turut terpakai apabila seseorang memakai singlet ketika menunaikan Rukun Islam kedua itu.

pakaian solat lelaki

Baca juga: “Bukan Aku Punya”- Wanita Jadikan Bahagian Muka Telekung Letak Di Kaki Dikecam!

Sumber: Sinar Harian, Tiktok @adiktoys

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×