Hubungan suami isteri bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membina keintiman emosi dan keharmonian rumah tangga.
Namun, ramai pasangan tidak menyedari bahawa waktu sama ada pagi atau malam boleh mempengaruhi pengalaman serta manfaat yang diperoleh daripada hubungan suami isteri tersebut.
Baca juga: Selepas 7 Tahun PJJ, Bahagia Hanya Seketika… Suami ‘Pergi’ Sebulan Selepas Bersatu Akibat Kemalangan
HUBUNGAN SUAMI ISTERI WAKTU PAGI VS MALAM, ADA BEZANYA

Freepik
Berikut enam perbezaan utama hubungan intim waktu dan malam:
1. Tahap hormon dalam badan
Pada waktu pagi, hormon testosteron berada pada paras tertinggi, terutamanya bagi lelaki. Ini meningkatkan keinginan dan rangsangan secara semula jadi.
Sebaliknya, pada waktu malam, hormon ini berada pada tahap lebih rendah, namun keintiman lebih dipengaruhi oleh emosi dan keinginan untuk bersama pasangan.
2. Tahap tenaga
Waktu pagi memberi kelebihan dari segi tenaga kerana tubuh baru sahaja berehat. Ini menjadikan hubungan lebih segar dan bertenaga.
Manakala pada waktu malam, keletihan selepas seharian bekerja boleh mempengaruhi prestasi, walaupun ada yang menganggapnya sebagai cara untuk melepaskan tekanan.
3. Kesan terhadap mood
Hubungan intim pada waktu pagi membantu merangsang hormon endorfin yang boleh meningkatkan mood sepanjang hari.
Sebaliknya, pada waktu malam, ia membantu tubuh lebih relaks dan memudahkan tidur yang lebih lena.
4. Fokus dan gangguan
Pada waktu pagi, minda masih segar dan kurang gangguan, menjadikan momen lebih fokus. Namun pada waktu malam, fikiran mungkin masih terbeban dengan urusan harian, walaupun suasana lebih tenang.

Freepik
5. Kualiti keintiman
Hubungan seksual pada waktu pagi biasanya lebih spontan dan ringkas kerana kekangan masa sebelum memulakan rutin harian. Manakala malam pula cenderung lebih perlahan, santai dan memberi ruang kepada hubungan emosi yang lebih mendalam.
6. Kesesuaian gaya hidup
Waktu pagi sesuai untuk pasangan yang sibuk dan ingin meluangkan masa berkualiti sebelum memulakan hari. Sebaliknya, waktu malam lebih praktikal bagi kebanyakan pasangan kerana semua komitmen telah selesai dan suasana lebih privasi.
Tiada waktu yang benar-benar ‘terbaik’ kerana setiap pasangan mempunyai rutin dan keutamaan berbeza. Sama ada pagi atau malam, yang penting adalah keselesaan, kesihatan dan komunikasi antara pasangan.
Hubungan yang sihat bukan hanya bergantung pada waktu, tetapi bagaimana pasangan menghargai dan meluangkan masa bersama secara berkualiti.
Sumber: Healthline & Health Wellness MD
