Euforia Bola 2026
Asuh

“Satu Perkataan Pun Besar Maknanya” – Azza Elite Kongsi Detik Anak Panggil ‘Mummy’ Selepas Bertahun Tunggu

ANAK ISTIMEWA

Di sebalik senyuman yang sentiasa terukir, tersimpan kisah seorang ibu yang melalui perjalanan penuh emosi dalam membesarkan anak istimewa.

Itulah realiti yang dilalui oleh pelakon dan penyanyi, Azza Elite, yang berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki dalam spektrum autisme.

Baca juga: Ibu Ayah Kena Semak Cap Ibu Jari Anak Jelas Atau Tak Sebelum Buat MyKad, Elak ‘Jammed’ Kaunter JPN

ANAK ISTIMEWA AZZA ELITE DAH PANDAI PANGGIL ‘MUMMY’

ANAK ISTIMEWA

Ramai mungkin mengenali dirinya sebagai figura yang ceria, namun tidak semua mengetahui ujian yang pernah dilalui apabila anaknya, Muhammad Adam, disahkan berada dalam spektrum Autisme tahap dua.

Menurut Azza, segalanya bermula dengan perubahan kecil yang pada awalnya sukar untuk diterima. Ketika Adam berusia sekitar dua tahun, dia mula menunjukkan tingkah laku berbeza seperti mengibas tangan serta kurang memberi tindak balas apabila dipanggil.

Sebagai seorang ibu, Azza mengakui dia juga melalui fasa penafian. Perasaan itu hadir bukan kerana enggan menerima hakikat, tetapi kerana naluri seorang ibu yang mengharapkan anaknya membesar seperti kanak-kanak lain.

Pada peringkat awal, pemeriksaan kesihatan masih belum dapat memberikan jawapan yang jelas kerana usia anaknya yang masih kecil. Namun, seiring waktu, perbezaan perkembangan semakin ketara dan mula menimbulkan persoalan.

Walaupun Adam menunjukkan keupayaan pembelajaran yang baik seperti mudah menghafal, cabaran utama yang dihadapi adalah dari sudut komunikasi. Dia lebih cenderung menggunakan isyarat berbanding pertuturan untuk menyampaikan keperluannya.

ANAK ISTIMEWA

Namun begitu, Adam bukanlah seorang yang suka menyendiri kerana dia tetap bermain seperti kanak-kanak lain, cuma interaksi sosialnya agak terhad dan kurang berkomunikasi secara lisan.

Di sebalik segala cabaran itu, tersimpan satu momen yang cukup bermakna buat Azza sebagai seorang ibu, saat yang dinanti-nantikan selama bertahun-tahun.

Selepas menunggu begitu lama, akhirnya Adam berjaya memanggilnya dengan perkataan “mummy” ketika berusia sekitar lima hingga enam tahun. Momen itu menjadi detik yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bagi Azza, setiap perkataan yang keluar daripada mulut anaknya membawa makna yang sangat besar. Ia bukan sekadar suara, tetapi lambang usaha, harapan dan doa yang tidak pernah putus.

Kisah ini menjadi peringatan bahawa setiap anak mempunyai perjalanan perkembangan yang berbeza. Di sebalik cabaran, sentiasa ada ruang untuk harapan, dan setiap pencapaian kecil adalah sesuatu yang amat berharga bagi seorang ibu.

Baca juga: Anak Tantrum Terus Senyap Bila Dengar Nama ‘Jessica’, Pakar Terangkan Situasi Sebenar…

Sumber: Sinar Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×