Euforia Bola 2026
Inspirasi

[VIDEO] Anak Istimewa Pimpin Tangan Rakan OKU Ke Sekolah, Kisah Abang Aidi Buat Ramai Sebak

ANAK ISTIMEWA

Perkongsian seorang ibu mengenai anak istimewa yang membantu seorang pelajar OKU lain menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, kanak-kanak tersebut dilihat menghulurkan tangan untuk memimpin rakannya turun tangga menuju ke dewan sekolah.

Baca juga: Ibu Tetap Syurga, Suami Pula Ketua Keluarga…Jadi Siapa Patut Didahulukan Selepas Kahwin?

ANAK ISTIMEWA PIMPIN TANGAN RAKAN OKU KE SEKOLAH

ANAK ISTIMEWA

Video berdurasi kurang satu minit itu bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah telah meraih lebih 400,000 tontonan dengan pelbagai komen positif daripada warganet yang kagum melihat sikap prihatin dan kasih sayang yang ditunjukkan.

Menurut ibu kepada anak tersebut, dia berasa sebak melihat tindakan anaknya yang sanggup membantu rakan walaupun dirinya sendiri mempunyai cabaran tersendiri.

“Berair mata mama awal pagi. Walaupun Abang Aidi juga tidak sempurna tapi abang punya hati yang baik untuk bantu kawan. Abang hulur tangan pimpin kawan turun tangga hingga ke dewan,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Tindakan kecil itu ternyata memberi makna besar buat ramai yang menontonnya. Rata-rata pengguna media sosial memuji sikap anak kecil itu yang menunjukkan nilai empati dan keprihatinan terhadap insan lain.

Seorang pengguna, Jalud_86, turut meninggalkan komen berterima kasih kepada anak tersebut kerana membantu anaknya.

“Terima kasih adik yang bantu anak pakcik. Semoga Allah membalas kebaikan adik,” tulisnya.

ANAK ISTIMEWA

Dalam pada itu, seorang ibu yang turut mempunyai anak istimewa berkongsi rasa sebak selepas melihat video berkenaan.

Katanya, perkongsian seperti itu memberi semangat kepada ibu bapa yang membesarkan anak OKU agar terus kuat menghadapi cabaran.

“Airmata laju mengalir, tiba-tiba teringat anak saya, kerana anak saya juga insan teristimewa. Kadang-kadang saya suka baca komen yang memberi semangat untuk ibu yang mempunyai anak syurga kerana saya kadang-kadang putus semangat dengan orang sekeliling yang memandang sinis pada ibu anak istimewa ini,” tulisnya.

Anak syurga tetap mampu beri kebaikan

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai I’m Madam N turut menitipkan kata-kata penghargaan kepada ibu bapa yang menjaga anak istimewa.

Menurutnya, membesarkan anak OKU bukan satu perjalanan yang mudah, namun setiap pengorbanan dan kesabaran ibu bapa pasti mempunyai nilai yang besar di sisi Tuhan.

“Tahu kah kita bahawa di sana nanti Allah akan angkat mereka terlebih dahulu masuk syurga daripada kita.

Kepada mak ayah yang ada anak syurga, terimalah sebagai hadiah istimewa daripada Allah. Pasti ada kelebihan kita di sana nanti,” katanya.

@themamacurly

Berair mata mama awal pagi rabu.. Walaupun abg aidi juga tidak sempurna tapi abg punya hati yang baik untuk bantu kawan..Abg hulur tangan pimpin kawan turun tangga hingga ke dewan 😍🫶 10000 million view viral video #autismboy #myspecialboy #mysulong #videotiktok

♬ Namun Ku Punya Hati By Revolvers – Abam_JiwangkapaK

Baca juga: Kesan Karat Pada Lantai Susah Hilang? Ini 9 Cara Paling Menjadi Dikongsikan Warganet, Boleh Try!

Sumber: TikTok Themamacurly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×